Untuk 3 Hari

Dah macam tajuk filem pulak ha Untuk 3 Hari hehe.
Kisahnya dalam beberapa minggu lepas 3 hari berturut-turut saya pegi Sunway Putra Mall (SPM).
Ni kalau management SPM tau ni mau diorang bagi standing ovation hehe.

Hari pertama pergi makan dengan KakTin & KakGee kat Teh Tarik Place.
Ni kali ke 2 rasanya saya makan kat sini.
Memasing macam nak makan lite lite.


: : Saya order Susu Halia Ais. Sedap plissss. Dah la gelas besar. Puas minum : :


: : Saya makan maggie goreng mamak. Sedap jugak! : :


: : Combo Set Lunch. Nanti bebila nak try yang ni lah : :


: : Say hai to KakTin & KakGee 🙂 : :

Hari ke 2 makan dengan My Girlfriends. Naza, Hasin & Kak Shida.
Tak cukup korum sebenarnya ni.
Remember masih cuti berpantang lagi.
Kak Ejan pulak ada urusan lain.
Nanti lepas Remember balik, Naza nak belanja semua makan.
Sebabnya, ia sudah naik pangkat! Yey!
Tahniah Naza! ^__^


: : Iced Tea ni tetap la tak sama yang macam kat Boat Noodle kan : :


: : Saya makan Beef Noodle Soup tu tapi mata tertarik dengan Creamy Coconut Soup si Hasin. Next time kena cuba yang tu lah : :


: : Lepas makan pekena durian puff Kak Shida belanja : :

Hari ke 3 makan dengan The Tiri’s pula.
Lepas breakfast je terus bincang nak makan apa. Boleh?
Patut la semakin lama semakin gemuk.
Fikir punya fikir akhirnya decide nak makan di Teppankyuko.
First time kitorang try  makan kat sini ni.


: : Fuji Snow RM7.90 : :


: : Beef Teppanyaki RM15.90 : :


: : Takoyaki Chicken RM5.85 : :

Selingan. Ni dalam salah satu 3 hari tu.
Saya breakfast kat Kupang. Makan telur goyang.
Dah lama menu ni ada, saya je tak try try sebab segan nak sebut telur goyang tu haha. Bengong.