Blog Maya Dot Com

Sundate

Sabtu lepas banyak perancangan.
Konon nak keluar awal pagi nak gi breakfast dulu, tapi bangkit tidur pun dah jam berapa maka kensel breakfast.
Beli roti dengan milo je kat 7E, pastu terus zass ke PWTC.

Encik Z sebenarnya malas. Dia selagi tak selesai urusan rumah dia memang taknak fikir bercuti ni semua.
Tapi saya membuat rayuan gombal sebabnya nak cari info/brochures pasal Hong Kong.
Bulan 12 ni asalnya saya ada plan lain tapi ntahlah macam-macam.
Nanti la kendian kendian saya story.

Dalam sejam gitu la pepusing dalam Matta Fair ni.
Laju laju ambik info yang berkaitan, dalam 12.30 tengah hari chow keluar.


: : Mungkinkah kita akan ke Hong Kong? : :

Beli jajan ni semua dengan harga RM10 satu beg.
Yang dalam bekas tinggi tu Limited Edition perisa Seaweed Wasabi.
Sedap tapi korang tau la kan rasa wasabi cemana.

Depan PWTC mamat motor gaduh dengan pemandu teksi.
Takut! Bebetul depan kereta Encik Z.
Taktau apa isunya tapi budak motor tu memang marah-marah hamun la.
Siap dia turun dari motor ketuk ketuk tingkap teksi tu suruh turun.
Tapi pemandu teksi tu tak turun pun.

Tak tau apa gamaknya pemandu teksi tu cakap, mamat motor tu terus keluarkan handphone snap gambar kau.
Kawan dia snap nombor teksi tu. Pastu depa vroom vroom buat u turn.
Tak lama lepas tu teksi tu pun buat u turn melangkaui kereta yang belah kanan.
Kalau gitu romannya perangai, memang patut la kot mamat motor tu amukan.

Berjanji janjian konon nak gi wedding sekali dengan KakTin.
Tapi dah perancangan saya dah ke laut dalam, jumpa tepi jalan je la.
Nampak kurus pulak saya dalam gambar ni ek.
Macam tak berperut. Walhal hakikatnya perut berlipat ganda.

Instant shawl dari SHE. Memang ada effect terbang terbang.
Blouse RucciModisch. Palazo Kitschen. Kasut FRKL.
Bucket bag dari Sometimes.


: : Melapau : :

Tahniah Kak Romana terima menantu sulung.
Terima kasih jemput saya dan suami.
Kemain besau rumah akak ha. Cemburu buta saya dibuatnya.


: : Selamat Pengantin Baru Aieman & Afiqah. Gambar pengantin baru takde. Letak gambar pengantin lama makan aiskrim je la : :


: : Singgah Seksyen 7 Shah Alam. Gi butik byFatinSuhana : :

Ntah saya pun tak ingat cemana saya boleh jumpa instagram byFatinSuhana ni.
Tapi dok tengok design Pucci dia cam aaa sukanya.
Tu yang sematkan di hati nak gak beli la sehelai 2.
Kebetulan ada sales. Dapat lah sehelai jubah, sehelai kurung RM250.

Dari Shah Alam singgah Masjid Wilayah solat apa semua, pastu malas nak balik rumah lagi.
Ajak Encik Z singgah mall baru kat Taman Melati.
M3 Mall namanya.
Takde apa sangat dalam ni tapi bolehlah nak ronda ronda buang masa.
Early dinner kat The Boat Noodle.
Untunglaa orang Taman Melati boleh makan Boat Noodle dekat dengan rumah #jelingItaYanin


: : Teh Ais yang kenapalah sedap sangat : :


: : 3 untuk kau. 2 untuk aku : :


: : Kenyang alhamdulillah : :

    2 thoughts on “Sundate

    1. ita yanin

      huntongla tak duduk tmn melati tp dh pi makan boat noodle ..hehe..
      aku pegi dh berkali2..tp tak dpt2 lg mkn situ wehhh..
      semedang je ramai org..aku is kurang sabo..so tak kuasa la nk menunggu n menongkat dagu kt meja makan tu dgn harapan org yg tgh mkn tu makan laju2 dan blah..haha..