Blog Maya Dot Com

Memperkasa Prestasi Kerjaya

2 minggu lepas saya attend kursus Memperkasa Prestasi Kerjaya kat Lanai Kijang.
Penceramahnya Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah (DMFK).
Rasa macam baru je jumpa DMFK masa kursus INI, tup tup berjumpa lagi.

Course ni actually in house learning RSA. Berkolaborasi dengan HCDC.
Makanya bergabung meletup lah sekalian dengan department lain. Dalam 50 orang camtu lah.

Selfie dengan Anne. Sebabnya jarang jarang dapat tengok Anne ni pakai baju warna lain selain hitam.
Kat office tu, memang dia pakai skirt hitam, dengan kemeja belang belang hitam je.
Kira kalau versi Melayu, Anne ni macam ala ala KokPing & Fynn Jamal la hiks.
Anne ni jugak yang menang Super Grand Prize masa Family Day AGJC 2016 bebaru ni.
Menang Mac Book Pro u! Nangis!

Standardlah kan pergi course motivasi ceni.
Semua pun serba serbi tentang motivasi.
Dan standard jugaklah saya ni yang dah putus urat lawak.
DMFK buat lawak apa semua pun, tak lut kat saya ni.
Takat senyum-senyum je la, takde nak gelak ketawa macam orang lain.

Kadang kan, bila saya attend course ceni, saya selalu rasa saya ni macam ada split personality.
Kadang rasa saya ni gini. Kadang rasa gitu.
Contohnya kan, walaupun orang nampak saya ni macam ramah tamah, pot pet, mesra alam, rajin sembang, tapi tu cuma applicable dengan orang yang bebetul saya kenal dan selesa nak nyembang.

Tapi bila dengan orang yang saya tak biasa, saya sebenarnya boleh jadi pendiam, sependiam-diamnya.
Dari jauh orang tengok air muka saya ni menyombong, garang, masam, tapi sebenarnya bila dah kenal saya, rasanya saya ni takde la kekwat mana kot?
Tapi… ntahlah. Ada masa saya ni boleh jadi kekwat jugak bila jumpa orang yang merengsakan.
Especially orang yang jenis busy body banyak nau tanya soalan. Itu I is very don’t like.

So.. saya ni kategori spesis apa sebenarnya ek?