Badminton

Korang nonton ke Badminton Sukan Olimpik hari tu?
Saya nonton bila dah ujung-ujung je.
Tapi yang masa semi final DLCW lawan Lin Dan tu saya nonton la.
Punya la nervous kan.
Badminton ni tu la satunya, bila nonton mesti cam dag dig dug jantung ha.
Bila DLCW menang tu, haa bergegar kau satu KSU ni orang menjerit.
Saya pun tumpang sekaki la jerit.
Masa tu nampak security tengah ronda kat bawah, terkejut dia hahah.

Lepas menang tu, scroll media social tengok haaa macam-macam la idea orang kan.
Yang bawah ni paling comel.
Mama cemas ok heheh.

Dah lama kan depa 2 ni berkawan.
Muka Lin Dan tu muka komunis sesungguh.


Waktu game beregu lelaki Goh V Shem & Tan Wee Kiong saya tengok final je. Kalah.
Yang beregu campuran tu saya tak nonton langsung pun.

Final DLCW dengan Chen Long tu macam boleh agak je akan kalah.
Takpelah, adat la bertanding ada menang ada kalah kan?
Terima je dengan semangat kesukanan dan hati terbuka.
Kita rasa kecewa, depa yang kat sana of coz la lagi berlipatganda kecewanya.