UPSR Lagi Seminggu!

Rutin bulanan, balik Taiping. 12 – 14 Ogos.
Ada ke orang tanya ‘U balik Taiping buat apa? Saja-saja?’
Soalan apakah itu?
Walhal tau je kot saya orang Taiping, mak dengan anak saya kat Taiping.
Kalau mokata saya nak balik hari sekali pun apa hairannya?
Adeh.

Sabtu Yaya ada kelas tambahan.
Memang sekarang every Saturday dia ada kelas tambahan dari pukul 8.30 pagi sampai 1 tengah hari.
UPSR lagi seminggu je kot!

Ecewah.. siap ada poster students yang dapat 6A trial UPSR kat depan sekolah haa.
Tapi macam tak ramai kan?
Patut la cikgu cikgi nya nervous pulun buat kelas tambahan semua.

Saya ni memang takde nak push push Yaya sangat.
Selalu pun saya tulis kat blog ni kan, kata suruh dia belajar untuk diri sendiri, bukan untuk siapa-siapa.
Ikut kemampuan dan jaga kesihatan.
Paling penting kena ingat Allah selalu.
6A ke, 5A ke, 4A ke, Mommy tetap bangga dengan Yaya k? 🙂


Petang tu pergi Taman Tasik Taiping konon beriadah la kita.
Tapi Encik Z tu, I is urut dada ok.
Dah terjebak main Pokemon Go pulak dah.

: : Tu pegang handphone tengah nak tangkap Pokemen letteww : :


: : Ni semua main Pokemon Go ko cemana ni : :


: : Biarkan Ayah tangkap Pokemon, ayuh Yaya kita panaskan badan : :


: : Sebelum lari, kita #ootd dulu : :


: : sempat aje 2 beranak ni : :


: : ni hasilnya : :


: : Stop kejap mengimbau kenangan. 7 tahun lepas kami photoshoot kahwin kat sini lah. Masa tu saya masih kurusss lagi. Tskkk : :


: : Jom start lari : :


: : Senaman turun naik lompat namanya : :


: : Jangan sampai jatuh tasik udah ler bang : :

Tak lama mana pun kitorang kat tasik ni.
Dalam sejam camtu je pun.


: : Udah udah ler bang, moh kita balik : :

Ingat nak gi minum kat cashier, tapi kedai auntie tu dah tutup dah.
Yer lah dah nak dekat pukul 7 pun masa ni.
Pusing kat Taman Bersatu ingat nak gi minum kat Chargaz Kafe, tapi tutup jugak.
Sudahnya terus ke pasar malam Kamunting je, beli laksa.
Setiba tiba teringin laksa lah pulak.
Tapi tetap lahh tak boleh lawan laksa yang Mama buat.

Haihhh bila la saya nak belajar buat laksa ni??
Mungkin lepas berdapur baru, semangat akan menyala membara?
Kita tungguuuu…

Malam tu solat hajat sekeluarga untuk Yaya, lepas tu baca Yassin.
Tik tik tik tik menitik air mata masa Encik Z doakan Yaya.
Sedih kan, Ya?
Kita doa Ayah panjang umur, boleh jaga Mommy sampai tua.
Boleh tengok Yaya berjaya 🙂
Banyak jasa Ayah pada kita 2.
Tengah menaip ni sedih pulak rasa sob sob sob….


Esoknya keluar nonton movie The Shallows kat Taiping Sentral.
Kisah seorang perempuan dan jerung.
Ceritanya simple je, tapi menarik. Macam mana seorang perempuan tersangkut di kawasan laut yang cetek dengan seekor jerung berlegar legar di sekeliling dia.
Dan semangat untuk terus hidup walaupun dah cedera teruk kena gigit dengan jerung itu.


: : Oleh sebab perut kenyang lagi so ngopi ngopi je kat Old Town AEON : :


: : Otw balik rumah singgah cari durian. Errr durian memang mahal eh sekarang? Encik Z beli 1 kilo RM20. Sebiji je dah dekat 3kg. So kena bayar RM56. Fuhhh. Tapi sedapp la. Puas makan hehe : :

Sebelum balik KL, mintak Mama bekalkan nasi dengan lauk ikan bilis petai & sambal udang.
Juga ikan kembung goreng.
Petai tu saya beli kat office. Ada staff jual.
Masa bukak tu ambik kau semerbak bau sampai tiap kali orang lalu je ‘Kenapa I bau petai ni???’
Terpaksa la iolls buat buat pekak hik hik.

Dalam kereta pun Encik Z sound Hoii kuatnya bau petai.
Dia stop tepi siap bungkus 2, 3 lapis suratkhabar, masuk dalam plastik ikat kuat kuat.
What to doooo I is pencinta petai. So pls.

2 gambar ni Mama whatsapp masa sekolah Yaya buat majlis solat hajat dan baca Yassin kat masjid.

Selamat Berjaya Menempuhi Peperiksaan UPSR kepada anak Mommy yang cantik, Yasmin.
Juga kepada semua anak-anak korang reader blog saya ni.
Semoga yang terbaik menanti anak-anak kita 🙂

4 thoughts on “UPSR Lagi Seminggu!

  1. bukan balik saja2 tapi balik tangkap pokemon hehehe
    All the best Yaya! Semoga memperolehi keputusan yang cemerlang.

  2. Bertuah awak, Allah jodohkan dgn en Z. Kenapa saya kata bertuah?..sebab nampak cara dia sayang awak dan lebih2 lagi pada Yaya tu…bersungguh.. Moga awak sekeluarga kekal bahagia hingga Jannah ye..

Comments are closed.