Blog Maya Dot Com

Tuntutan Iddah, Mut’ah & Harta Sepencarian – BAHAGIAN I

Sebelum korang meneruskan pembacaan entry ini, saya dengan kerasnya nak beri amaran, pembacaan adalah di atas risiko sendiri ya.
Bak kata orang putih Read at Your Own Risk. Gitu.

Mungkin ada yang tak setuju dengan entry ni, dan rasa saya tak patut up entry ni.
Mungkin ada yang kata saya buka pekung di dada, atau mengaibkan orang.
Ya terserah aja lah.
Yang pasti ini yang jadi pada saya, dan saya takde tokok tambah cerita.
Tujuan saya up entry ni untuk berkongsi pengalaman dengan sesiapa yang mungkin berdepan dengan masalah macam saya, tapi hilang punca tak tau nak refer pada siapa.

Kalau kata Ex saya atau saudara mara atau kawan kawan dia yang baca, this if for you.
Never judge someone without knowing the whole story. You may think you understand, but you don’t!
Dan oh ya, ENTRY ni panjang gila tau!
Itupun tak habis semua saya cerita. Saya bahagikan 2 bahagian.
Bertabahlah membaca ya.

Kisah bermula bila saya ambil keputusan untuk jual apartment Jasmine saya di Setapak Jaya, yang saya mula duduki selepas saya bercerai dengan my Ex.
Saya maklumkan pada dia bulan 27 Januari 2015 yang saya nak jual dan dah ada buyer.
Masa beli Jasmine ni dulu, kami combine loan. Automatik nama di S & P pun nama berdua.
Ringkasan ada saya cerita kat ENTRY ni.

Ex setuju nak jual, mula mula dia setuju terima bahagian dia 16K.
Which is sebanyak itu lah duit yang dia keluarkan masa mula-mula nak masuk Jasmine dulu.
Bayaran lawyer & renovation.
S & P sign 17 Ogos 2006. Kami bercerai pada 29 Jun 2007.
Dan ansuran pertama bayar kepada Bank pada 19 Oktober 2007.
Bermakna kami memang tak pernah duduk bersama di rumah tu.

Selepas bercerai saya ada tanya pada Ex, Jasmine ni macam mana?
Dia kata ‘U duduk lah memandangkan Yaya pun dengan u’
Hak penjagaan Yaya memang dapat pada saya dan pada masa tu Yaya berusia 3 tahun.
Memang silap saya lah sebab tak terus buat perjanjian hitam putih pasal harta sepencarian.

Setiap bulan saya yang buat bayaran rumah tersebut sebanyak RM572.
Saya juga yang bayar bil MAINTENANCE, TNB, SYABAS, DBKL & IWK.
Termasuk juga kerosakan yang berlaku, semua saya yang bayar.
Senang kata memang selepas bercerai Ex tak bayar satu sen pun apa-apa berkaitan apartment Jasmine ini.

Dari 15K, Ex minta up jadi 20K.
Sebab malas nak bising dan gaduh, saya kata OK.
27 Januari 2015 dia sendiri yang mintak 20K dan saya setuju.
Tup tup 11 Februari 2015, dia up jadi 50K.
Dengan alasan, dia dah jumpa peguam syarie dan dia berhak 1/4 dari keuntungan jual rumah tu.
Diulangi KEUNTUNGAN ok?!

Saya mintak nombor telefon peguam syarie yang dimaksudkan tu sebab of course saya pun nak buat clarification kan?
Takkan lah nak terima bulat-bulat apa yang dia cakap.
Dia tanya ‘Nak clarify apa? So I harap u boleh bayar lebih dari 20k’

Saya jawab balik kata saya cuma nak confirmkan 1/4 tu je.
Kalau betul lawyer cakap macam tu, insya Allah saya proceed la apa yang patut.
Saya pun taknak makan benda yang bukan hak saya.

Apa yang susah kan, bagi je lah nombor peguam syarie tu betul tak?
Biar saya call, biar saya dengar sendiri penerangan dari beliau.
Tapi Ex tak bagi pun nombor peguam syarie tu.
Dia kata dia jumpa peguam syarie kat Biro Guaman Melaka.
Kalau saya nak, saya boleh refer kat KL punya.
Oh… ingatkan peguam peribadi tadi. Cara tu kemain poyo. Ceh.

Memandangkan kat office saya pun ada beberapa orang yang saya kenal ada background syariah, saya pun tanya la mintak pandangan dan nasihat diorang semua.
Ramai yang suruh failkan kat Mahkamah dan biar Mahkamah je decide.
Lagi puas hati.
Kalau ikut pandangan peribadi, ramai yang kata Ex tak layak untuk tuntut.
Sebab dia takde buat bayaran bulanan dan dia pun takde bayar apa-apa kos lain dalam tempoh selepas perceraian tu.

Saya ajak dia pergi jumpa peguam syarie sama-sama.
Biar dengar sendiri dari mulut peguam syarie apa yang kitorang layak, apa yang tak layak dituntut.
Yer lah, kalau jumpa asing asing, kau cerita lain. Aku cerita lain.
Betul tak?

Saya mintak dia datang jumpa peguam syarie kat KL. Yer lah, rumah pun kat KL kan.
Memang kalau kata kena bicara kat Mahkamah pun, memang bicara kat KL.
Sebab harta tu kat KL.

Korang tau dia kata apa ‘Tengok, kan dah susahkan I nak kena turun naik KL’

Eh eh. Kau fikir kau punya susah je.
Duit nak. Tapi susah taknak. Kau harap duit bergolek depan muka kau ke cemana ni?

Saya kata takpelah, kalau dia susah nak datang KL, biar saya yang turun Melaka. Jumpa peguam syarie kat Melaka.
Still baik lagi saya kan? Hiks.

Dia mengelak. Dia bagi alasan kata dia mintak 50k je. Bukan 50% dari hasil jual rumah tu.
Kalau dia nak mintak 50k memang melampau sangat kot.
Keluar duit 16k je, tapi nak mintak 50k?
Alasannya, sebab dah 8 tahun, kalau simpan dalam ASB dah boleh dapat dividen.

Saya siap buat calculation dividen ASB tau.
Kalau dalam tempoh 8 tahun ni, kalau kata dia letak semua 16k dalam ASB pun, takkan cecah 50k pun untungnya.
Dalam 26k gitu je.
So please lah jangan nak bodoh bodohkan saya sangat.

Tapi saya still sabar dan masih tolak ansur dan cakap elok-elok.
Korang pembaca blog saya yang setia mesti pun tau dan perasan saya dengan Ex takde la gaduh-gaduh teruk sangat lepas cerai ni.
Saya pernah tulis, dah penat nak gaduh-gaduh.
Masa suami isteri dulu gaduh ok la kan, ni dah cerai pun nak gaduh apa faedahnya ntah.

Tu sebab saya Ok je hantar Yaya pergi Melaka, bagi Ex ambik Yaya kat rumah, kat office semua.
Siap bermalam kat Melaka.
Sebab kalau ikutkan dalam surat hak penjagaan anak tu, Ex diperintahkan melawat setiap Sabtu atau Ahad.
Takde pun tulis perintah bermalam, atau boleh bawak keluar semua.
Saya tak kisah. Saya tak berkira.
Tapi bab rumah ni takkan saya nak mengalah pulak.
Sebab bagi saya, dia takde hak nak tuntut sampai 50k.

Saya inform lawyer S & P saya, Faiz kata saya tak setuju nak bagi Ex 50k.
Oleh sebab saya tak setuju, Ex ugut kata dia taknak sign S & P.
Saya bagitau kata kalau dia taknak sign, purchaser boleh ambil tindakan sebab kan dah sign Booking Form?
Dia kata ‘Kalau kena tindakan dua-dua pun kena. So fair kan’
Busuknya hati kau.
Habis kalau kena tindakan, siapa yang menang? Serius tak faham.

Saya jawab balik, ‘U lah kena sebab u yang taknak sign. I dah sign’
Dia kata ok nanti dia nak refer dengan Faiz.

Ex kata kalau dia tak keluar duit beli apartment Jasmine ni dulu, saya dapat ke duit ratus ribu hasil jual rumah ni?
Habis tu, kalau saya tak bayar ansuran bank tiap-tiap bulan selama 8 tahun 2 bulan ni, dia dapat ke balik 16k tu?
Yang sebenarnya memang tanggungjawab dia masa tu sebagai suami dan ayah untuk sediakan tempat tinggal pada keluarga?
Pikir sikit boleh tak?

Dipendekkan cerita, dia nak jugak-jugak tuntut 50K.
Walaupun pada awalnya kata memula ok 16K, pastu naik 20K, jumpa peguam syarie kata 1/4.
Dan pastu last nak 50K.
Jumlah hasil jualan RM164,049.83.
Kalau 1/4 tak sampai 50K kot? Dalam 41k camtu je.
Boleh tak buat kiraan dulu sebelum membabi buta nak tuntut?

Jumlah hasil jualan memanglah RM164,049.83.
Tapi kenalah tolak bayaran bulanan yang saya dah bayar selama 8 tahun ni.
Dan bayaran maintenance, SYABAS, TNB, IWK & DBKL.
Tak masuk saya dah buat grill, renovate dapur, railing langsir, cat dan dan dan dan saya jual apartment tu fully furnished!
Tolak tambah modal saya dalam 100K!

Paling tak boleh bla ayat dia ‘Tak sangka u pun tamak ek?’

Amboih sangat ni. Ada perkataan ‘PUN’ tu makna dia la yang tamak betul tak?
Pastu dia tuduh saya tamak macam dia jugak.
NiĀ  bukan soal tamak lah. Ni soal nak kejelasan dan pencerahan.
Kalau betul dia rasa dia layak dapat 50k tu, then kenapa taknak terima cadangan saya pergi jumpa peguam syarie sama-sama?

Ayat terakhir dia ‘Kalau mahkamah yang boleh tentukan, so jumpa nanti’

Saya ni nak selesai baik-baik, kalau boleh taknak pergi mahkamah sebab tau leceh nanti nak turun naik.
Tapi takpelah, dah dia nak sangat, so I see you in court lah yer.

…bersambung……

    7 thoughts on “Tuntutan Iddah, Mut’ah & Harta Sepencarian – BAHAGIAN I

    1. diyanadi

      Tak sabar nak baca kisah seterusnya. Dia tengah sengkek kot kak tu ye ye mintak dari akak tu huhu

    2. s2m3r

      alaaaaaaaaaaaaaaaaaa
      tergantung….
      saya tak suka..

      tu pasal lah kalau nak baca blog maya kalau ada episode2…ila akan tunggu semua habis….baru baca sekali harung

      sbb saya kurang sabaq…

      cepat ok….sambungan sambungan