Blog Maya Dot Com

RSA Raya 2016


: : House of RSA! : :

26 Julai Jamuan Raya di RSA pulak.
Oleh sebab saya bukan committee lagi dah tahun ni so saya takde la involve apa dah.
Teringat tahun lepas pepagi datang pakai jeans dgn tshirt sebab nak potong bawang angkut lauk pauk semua naik office.


: : Sebelum mencomot, bergambar dulu dengan bos titeww : :

Menu tahun ni ada ketupat palas, ketupat jagung, serunding daging, serunding ayam, kek, biskut, rambutan, anggur, rambutan, pisang, mix fruit jelly, lemang, nescafe, teh tarik, roti jala, kari ayam, mee vegetarian, bihun tomyam udang…

img_0635.jpg
: : Ni menu utama. Nasi Briyani Ayam Masala : :

Lontong ni Khairul tempah kat tempat kerja lama dia.
Macam lain sikit sebab kuah lontong tu macam kuah kari.
Memula saya ingatkan kuah kari, sekali kuah tu la yang makan dengan nasi himpit.
Pastu ada sambal paru bagai. Sedap!

Rendang daging 2 versi.
Pedas tapi pun sedap sangat.

Mieng Kham wajib ada!
Semenjak diperkenalkan 2,3 tahun lepas kat RSA, terus cam every jamuan raya mesti Kak Noni akan buat.
TQ Kak Noni!

img_0629.jpg
: : Favouriteku, tapai : :

img_0636.jpg
: : Tahun lepas tak sempat rebut jeli kelapa ni. Makanya tahun ni awal awal saya rembat dulu : :

Sebelum ni saya buli Muhammad suruh snap gambar, tapi takde rezeki Muhammad nak sambung kerja kat RSA, so tak dapatlah nak buli lagi.
Tapi digantikan dengan Azri pulak hiks.


Bergambar ramai-ramai camni pun boleh laaa.
Ingat lepas lepas makan tu nak la bergambar proper, tapi ramai pulak takde sebab dah ke sana ke mari gi meeting huhu.
Tema biruuuu…

Tema saya tu sama macam Open House Raya B** jugak.
Kain baju kurung tu Medan mari. Tudung duckscarves.
Kali ni saya lilit lain sikit dari masa jamuan raya B** tu.
Belah depan flowy flowy terbang terbang kan? Hiks.

Dan lepas tu macam biasalah bergambar sampai lebam.
Posing tang sana, posing tang sini sementara tetamu belum sampai.


: : Amboihh. Abang Sly bermanja dengan Emli. Tahun depan tak dapek dah. Abang Sly pencen dah tahun depan : :


: : Gambar dengan Kak Aida, wajib ada : :


: : Penyambut Tetamu : :

Tetamu dah beransur berkurangan, barulah dapat duduk menjamu selera.
Boleh kata semua food saya rasa tang sini sikit tang sana sikit.
Dan boleh dikatakan semua pun lazat belaka.


: : Dengan Liyana : :


: : Akak tau tak dengan DSLR pun boleh selfie? Buktikan. Lalu terhasillah gambar di atas : :


: : Punya la ramai tetamu, dengan depa 2 jer saya bergambar? Hihi. Hai Ila, hai Che Ta : :


: : Diakhiri dengan gambar ini. Korang berani betulkan shawl bos korang? La la la la : :

    9 thoughts on “RSA Raya 2016

    1. Masy

      pic dgn liyana tu kakak ostajah nampak kiut. hihi

      ape ni banyaknye gambau mekanan.. slurrpp *lap airlior yang mentetes*