Blog Maya Dot Com

Open House 2016

Tahun ni ada 2 openhouse yang saya tak dapat pergi.
Rumah Kak Bib kat Serendah dan rumah Kak Wan kat Melawati.
Sebabnya masa ni tengah busy ke sana ke mari nak cari barang barang rumah baru.
Haih kusut dan stress dibuatnya.
As to date pun alhamdulillah dalam 50% progress dah selesai.

Minggu terakhir Syawal, 30 Julai ada 3 jemputan.
Susunatur perancangan dan rasanya insya Allah boleh pergi.
Mula mula ke Alam Budiman rumah Umi & Azmie.


: : Ikan talapia tu jadi isu di kalangan kami di grup whatsapp Kita Kita Aje : :


: : Syifa, anak bongsu Umi. Kemain kerinting rambutnya ha : :

Saya sampai awal, dalam pukul 12.15 tengah hari camtu.
Sempat la jumpa sekali Azman + Kak Zi, Hakim dan Kak Wan.

: : Olololo omey sangat dak Syifa ni : :

Dari Alam Budiman terus ke Bandar Nusa Rhu.
Sib baik la dua tempat ni berdekatan saja.
Macam last year saya main terjah je rumah Nida.
Kali ni memang betul hari yang sama Nida buat open house gak.
Lega lah boleh sekali jalan kan.


: : Sufy dah 9 bulan haaa baru la Mommy Mya dapat melawat awak huhu. Muhammad dan Muaz dah besar makin keletah masing masing : :


: : Masa ni Muaz buat thumbs up sambil cakap ‘Terbaikkkkk’ haha. Agaknya nak kata terbaik lah Mommy dah ada GoPro. Dulu masa pergi rumah Mommy pakai monopod je kan kan kan hiks : :


: : Lepas dapat duit raya saya bagi terus masing masing meluru nak simpan kat tabung. Good boy sangat dedua ni : :

Sempat buat #ootd depan rumah Nida.
Kemain shawl saya tu terbang terbang.
Tu shawl biasa panjang tu, bukan instant.
Dapat free masa saya shopping kat HijabsByHanami.
Tu saya lilit ikut suka tekak je. Tapi jadi jugak la terbang terbang hehe.

Blouse pun dari HijabsByHanami. Beli lama dah, baru pakai sekarang.
Skirt macam biasa dari Mono.KL.
Kasut tak kelihatan dari FRKL.
Beg NikoNiko dari Sometimes.

Dari Nusa Rhu terus ke Petaling Jaya.
Meraikan pengantin dan open house Ita & Yanin sekeluarga.
Dah pernah dah gi sini tapi sesat sebab tempat kejadian takde dalam Waze.
Tapi akhirnya jumpa gak la.

: : Terpaksa makan nasi sebab ada masakan daun tempoyak petai : :


: : Suli. Officemate merangkap jiran #teamksu : :


: : Suli, Ita, Mya & Jue : :


: : Pengantin baru. Tahniah Pakcik & Makcik : :

Itulah dia 3 rumah yang sempat saya singgah.
Terima kasih korang sebab jemput.
Saya tahun ni memang tak dapat lah nak buat makan makan.
Insya Allah ada rezeki selesai semua hal rumah ni, tahun depan saya buat makan makan k?

Dari Petaling Jaya terus ke Quill Mall.
Saya ajak Encik Z nonton filem Tamil Kabali.
Tapi aaaaaaa tak best ah. Nyampah.
Macam drama Gerak Khas versi Tamil. Tak sukaaaa.
Pulangkan balik duit saiyaaaaa.

Pukul 11.30 malam habis movie melapau.
Singgah Old Town Rampai Biz Park.
Rinduuuu area sini. Takde rezeki nak beli rumah dekat dekat sini gak sob sob.

Sekian lah cerita Open House Raya tahun ni.
Ada rezeki tahun depan kita cerita cerita lagi.
Boi!