Macau : The Departure

Flight balik pukul 10.45 pagi. Awal jugak la.
Tapi kitorang takde la rushing sangat sebab malam tadi dah siap packing semua kan.
Breakfast biskut dengan nescafe je rasanya kot. Lupa sudah.


: : Duit MOP tu Masy selitkan. Saya biasanya memang bagi duit singgit singgit tu je hehe : :


: : Bilik kami : :


: : Check out : :

Minta tolong staff hotel panggilkan teksi.
Awal jugak la sebenarnya timing kitorang ni.
Teksi sampai dalam pukul 7.30 pagi.
Pukul 8 pagi kitorang dah tercongok dah kat airport.
Takpela, biar cepat dari lambat kann.

Kalau ikutkan ada je free shuttle dari Sintra ni, tapi start pukul 9 pagi.
Risau pulak takut macam lewat sangat.
So takpelah naik teksi ajer deh.
Tambang teksi MOP75.


: : Check in dan drop luggage : :


: : Tong sampah yang comel comel belaka mengikut kategori sampah : :

Ada 2 insiden yang terjadi kat airport ni.
Insiden yang boleh tahan jugak la menyirapnya.
Insiden pertama masa nak masuk cari gate masuk.
Tanya kat sorang staf airport ni dia tunjuk gate hujung sekali.
Masa tu saya usha usha la tengok.

Ada 2 orang budak Indonesia ni, muda la laginya. Perempuan.
Macam pandang senyum-senyum sinis kata ‘Masih awal lagi Bu’
Rasanya masa tu takde la awal mana pun sebab dah pukul 9 lebih.
Apa korang ingat ni macam naik bas ke? Lagi 10 minit bas nak jalan pun boleh naik?

Senyuman depa tu memang sinis laaa. I can feel it u know.
Memula saya duduk la kejap tapi lepas tu macam tak sedap hati, saya ajak je Masy masuk.
Rupanya gate salah. Ada sorang security jerit jerit kat saya dengan Masy.
Jerit tak bagi kitorang lalu. Tapi tak pulak bagitau nak pegi ke gate mana.
Cakap English pun tak reti dan tak paham.

Terus ajak Masy pegi belah tengah dan tanya pada sorang staf perempuan.
Bila dia tunjuk gate tu, sebenarnya macam takde gate pun tengah tengah tu.
Macam lubang gitu je.
Masa nampak kitorang dah lepas masuk tu barulah sorang budak perempuan Indonesia tu menggelabah nak ikut masuk jugak.
Sorang tu nak balik KL. Sorang lagi tu memang kerja kat Macau.

OK fine dah masuk, letak la beg nak scan.
Beg macam banyak la sampai stuck la kat tempat scan tu.
Saya tunggu beg tu keluar, tapi dah kena jerit dengan staf kastam tu suruh pegi tetengah.
Kena naik macam ala ala rostrum, pastu dia akan raba badan tudung semua nak cek.

Masa tu ada sorang lagi depan saya, then saya toleh tengok beg saya dah keluar.
Dah la saya sangkut handphone kat tepi poket je, so saya pegi la nak ambik beg tu.
Sekali lagi kena jerit kau!
Ewah. Saya jerit la balik, tapi jerit bahasa melayu. Lantok.
Kalau saya biar je beg tu, kot orang seluk ambik handphone?
Atau orang selit masuk dadah?

Korang ni sabar boleh tak?
Dah la pegawai imigresen pun semua muka mintak penampo je.
Memang saya bebel bebel je depan kastam tu.
Dia tau saya marah la kan. Semua nya muka ketat nak marah marah dah kenapa????

Dah lepas dari imigresen dan kastam yang hazab itu, saya pun belek belek lah passport.
Masa datang tu saya dah perasan dah memang takde cop.
Ingatkan akan cop waktu nak balik.
Tengok tengok memang takde cop.
Depa cuma bagi Arrival Card dibawah yang pun lama lama mesti hilang ink tu kan?
Sentap ahhh takde coppp pffttt.

: : Shopping di sini menghabiskan sisa sisa MOP : :


: : Masy lapau so dia nak pun belilah sesuatu untuk dingap. Amboi mata tu, Noor Kumalasari sangat : :

: : Elok sesuap dua, dah announce suruh boarding. Sian Baby kena makan laju laju : :

Sebelum announcement, saya pegi kat vending machine nak beli air.
Setiba tiba ada sorang lagi budak perempuan Indonesia tegur saya dengan keadaan menggelupur jugak ‘Ibu ibu pesawatnya sudah tiba’
Saya macam ‘OK’
Dia gamit gamit suruh saya q sekali belakang dia.
Korang ni kenapa haaaaa???? Menggelabah menggelupur sangat kenapaa haaa???
Adoiii stresssss.

: : Airport Macau yang boleh tahan besar : :


: : Kapalterbang dah sampai. Yey : :


: : Pre order Shepherd’s Pie : :


: : Sedap! Like like : :

Alhamdulillah selamat mendarat di KLIA2 dalam pukul 2.45 petang.
Masa nak collect luggage nampak la lagi mbak yang awal-awal kitorang jumpa kat airport Macau tadi dok berlegar legar dengan muka cemas.
Kitorang nak sembunyi tapi dia nampaklah pulak.
‘Mbak… mbak…’
Dia menggelupur cari beg tak jumpa. Mana tak jumpanya, kau tunggu kat Belt lain.
Beg sampai kat Belt lain. Adoi laaaa..


: : Marilah menunaikan solat tanda bersyukur dengan segala nikmat yang diberi oleh Allah SWT : :

Maka dengan ini watamatlah kisah cuti-cuti Macau saya dan Masy.
Nanti esok saya up entry penutup k.

2 thoughts on “Macau : The Departure

  1. hahahaha geraaam je ingat balik mbak mbak palotak tu. tadi kemain rilek je ingatkan terer sangat, rupenye same je pestaim (kot). yg member dia tu nama je keje macau, pon sama *(#&@&*#^@^# phui hahaha tetibe rasa nak marah pulak

  2. annoying nyer mbak palotak tu..siap along bleh bygkan insiden tu…sabor je laa…dah habis dah….macam x cukup plak rasanya..lepas ni trip mana plak Mya? Mesir kan?eh…

Comments are closed.