Macau : Open Top Bus

Good Morning Macau!

Plan hari ni nak naik Open Top Bus atau juga dikenali sebagai HOHO Bus, turun kat :

Kun Lam Statue
Macau Tower
A-Ma Temple
Fisherman Wharf

Details tempat tempat ni semua nanti saya buat entry lain yer.
Entry ni cerita pasal Open Top Bus dulu.

Dari hotel naik shuttle pukul 9.30 pagi.
Shuttle ni akan drop kami kat Outer Harbour Ferry Terminal.


: : Kau kenapa kak?. Aku posing ala Che Ta lah. Kau mana tau : :


: : Tumpang sekaki lah kak. Mari! : :


: : Tengah menunggu, Manager hotel datang menyapa. Orang Malaysia rupanya. Ipoh kot tak silap. Yang lagi 3 orang tu 3 beranak. Dari Manila. Pun kemain ramah tamah. Dok sembang pasal buah durian la apa la : :


: : Shuttle dah sampai. Jom : :

Yang 3 beranak atas tu kan, yang bapak tu memang dah tua sangat.
Pangkat atok atok dah. Jalan pun dah huyung hayang.
Tapi masa nak turun shuttle tu, kemain gentlemen dia berdiri tepi pintu, nak pimpin tangan saya dengan Masy turun. Amboi sangat.
Walau bagaimanapun kesungguhan atok perlu diberi pujian.

: : Belakang tu Terminal Feri nya : :

: : Collect ticket kat kaunter. Actually saya dah beli online dari KL. Tapi still kena pergi collect ticket kat sana : :


: : Pakej Combo Open Top Bus + Macau Tower = RM147 : :


: : Itulah dia bas yang akan dinaiki sebentar lagi : :


: : Feeling dalam bas. Malam tadinya hujan, tu yang seat semua basah tu. Tapi boleh je duduk. Lap ler dulu sebelum duduk : :

Dalam bas ni ada sorang tour guide disediakan.
Kitorang turun naik bas, memang tour guidenya perempuan cina tua.
Tapi walaupun tua tua, english berabuk u.

Tu satu, pastu punya la baik budi pekerti.
Punya la concern kat saya dengan Masy.
Takut kitorang sesat la, takut tertinggal bas la, takut tak jumpa tempat lah, risau nak cross jalan lah.
Eh baik betul lah depa ni.
Tu gambar bawah tu beria dia explain pada tourist tu nak tunjuk arah jalan.

Masa memula saya dengar depa ni bagi penerangan dalam bas tu, saya ingatkan rakaman tau.
Punya lemak merdu suara depa ni ha.
Good job aunties!!


Memang banyak pit stop bus ni, tapi kitorang tak turun kat semua tempatlah.
Kekangan masa. Cuma tengok mana spot menarik, haa situ la kitorang turun.
Tapi masa balik kitorang ambik satu pusingan penuh.
Dalam sejam jugak. Angin sejukkkkk sangat.
Saya sampai tertidur tidur dibuatnya haaa.

: : Tingginya! : :


: : Haaa dah sampai kat Sintra Hotel belakang tu. Jom turun! : :

Open Top Bus ni merupakan satu cara terbaik untuk mengelilingi Macau.
Mahal sikit la tapi worth it 🙂

One thought on “Macau : Open Top Bus

Comments are closed.