Macau : Macau Tower

Macau Tower ni senang cerita macam KL Tower lah.
Tapi lagi canggih la dari KL Tower.
Dalam tu ada jugak restoran dan shopping mall.
Ketinggian Macau Tower ini ialah 338 meter manakala KL Tower pulak 421 meter.
So KL Tower tinggi sikit la dari Macau Tower.


: : Lancang Kuning belayar malam ke cemana ni : :


Tiket yang saya beli ni boleh naik ke Observation Deck dan Adventure Deck.
Mula mula kita ke Observation Deck dulu yang letaknya di Tingkat 58.


: : Naik lif yang dikhaskan. Jangan mengkhinzir buta je naik lif tau : :


: : Ting! Sudah sampai di Tingkat 58 : :


: : Jaga jaga Cik Salmah. Ada orang jatuh dari atas : :


: : View di bawah : :

Keliling ada tapak kaca yang korang boleh berdiri dan bergambar di atasnya.
Memula tu saya ingat saya ok je, berani je.
Tapi hakikatnya saya cuak, gayat, serammmmmm.


: : Acah acah nak pijak : :


: : Mencari kekuatan. Tak ke seram korang tengok ke bawah tuuu : :


: : Senyum dalam ketakutan namanya : :


: : Melampau sangat budak ni dah la berdiri sambil sengih sambil buat peace pulak tu hmpff hmpffttt : :


: : Ewah ewah boleh pulak duduk bersila sengih sengih : :

Kemon kakak ostajah! Yukenduit!

Takmau!

Kemon kakak!

Takmau takmau takmau!

Pffttttttttt….

Selepas misi memujuk saya gagal, Masy beralah jua.
Dia kata kita bergambar je lah kak. Akak takyah duduk atas cermin tu.
Lagipun hidup ini tiada paksaan, bukankah?


: : Lalu duduklah saya di tiang tengahnya : :


: :Walau kaki di atas cermin, tapi punggung tetaplah di atas besi kikikiki : :


: : Pemandangan lawa!! : :


: : Sedih ah sebab gagal duduk di atas cermin huhu : :


: : Termenung mengenang nasib diri yang penakut ini : :

Seterusnya kami ke Tingkat 61 pula.
Tingkat 61 ni Adventure Deck. Untuk orang yang nak buat sukan sukan lompatan ekstrem gitu.
Bungy Jump, Tower Climb, Skywalk semua ada, korang pilih je la nak yang mana.
Yang penting ongkosnya ada sebab boleh tahan memahal ni huhu.


: : Ni ada orang tengah buat Skywalk : :


: :  Nak duduk lepak minum minum pun boleh gak : :

Puas melepak lepak dan menikmati pemandangan, jom lah gerak pulang.
Kat ground floor ada jual souvenir.
Saya beli fridge magnet dengan Pineapple Short Cake.

Elok turun tu dah masuk lunch time dah.
Jadi ayuhlah kita lunch dulu.
Makan bekalan nasi Brahims yang disiapkan oleh Masy pagi tadi.

Memang ada kerusi meja khas dalam shopping mall ni untuk orang duduk makan.
Tengok orang sebelah depa pun selamba je makan food dari luar so makna ok la kot kan.
Lalu makanlah kami dengan lahapnya.
Lapau!

Kalau ke Macau, wajib korang datang ke Macau Tower ni tau.

2 thoughts on “Macau : Macau Tower

Comments are closed.