Macau : Kun Iam Statue & A-Ma Temple

Kun Iam Statue

Statue ini merupakan patung Buddha yang dikenali sebagai dewi of Mercy. Sebuah patung / tugu yang dibina di tepi laut dengan ketinggian 65 kaki di atas bangunan berbentuk bunga Lotus.

: : Dari arah depan : :


: : Dari arah belakang : :


: : Berlatarbelakangkan lautan luas : :


: : Ada pusat informasi kat tengah tengah tu. Tapi kitorang tengok gitu gitu aje. Senyap sunyi tempatnya. Nak bersuara pun takut : :


: : Konon nak tiru aksi patung tu tapi macam tahhapahapa je : :

A-Ma Temple

A-Ma Temple yang terletak di hujung barat daya Semenanjung Macau, adalah salah satu kuil yang tertua dan paling terkenal di Macau. Dibina pada tahun 1488, kuil ini adalah khusus untuk Matsu iaitu dewi pelaut dan nelayan.
Memang temple ni terkenal lah kat Macau.
Kalau dalam tour package pun mesti akan ada melawat ke temple ni.


: : A Ma Temple dari kejauhan : :

: : Boleh tahan terponggeh jugak kena daki naik atas : :

: : Jalan je la pepelan : :

: : Akak tau tak yang belakang tu apa? Entah. Tu macam ubat nyamuk kak. Amboi. Berjanggut nak tunggu habis terbakaunya : :

: : Taktau depa buat apa ni. Takde orang nak explain huhu. Dalam tu ada air pastu depa gosok tepi tepi bekas tu sampai keluar bunyi : :


: : Colok gergasi. Ni pun berjanggut jugak nak tunggu terbakar sampai bawah : :


Sebelah kanan temple ni ada Museu Maritimo atau Maritime Museum.
Jenguk kejap, nak masuk kena bayau. So adalah malas.
Tumpang bergambar kat signboard je lah.

: : Epal terbelah 2 : :

Masa kitorang berlegar legar bergambar depan ni kan, ada orang gila asyik ke hulu ke hilir.
Saya ok ok jugak la, tapi Masy tu punya la menggelabahnya haa.
Walaupun dia gila tapi rupa paras tu takde la nampak macam gila sangat.
Tapi bila dia macam nak menghampiri tu rasa cuak jugak la hehe.

2 thoughts on “Macau : Kun Iam Statue & A-Ma Temple

  1. kalau kat negara diorang benda yang ubat nyamuk tu memang ada di mana2..bau dia boleh tahan especially colok gergasi tu….pening bau eh

  2. saye paling le menggelabah kalau terserempak org gila dgn anjing. kalau anjing giler apetah lagi. org gila berbentuk anjing pun takot gak. tasukeeeeeeeeee

Comments are closed.