Macau : 2nd Night

Sepatutnya kan.. kitorang nak makan kat Venetian ni.
Tapi agaknya sebab perut pun kenyang lagi, so lupa terus dah ha pasal makan.
Fine la kalau taknak makan kan, tapi patutnya gi la usha tengok kedai halal tu kat mana.
Haihhh dedua pun lupa!

So kat sini saya nak share untuk readers semua, kalau ke Macau, happen ada kat The Venetian, dah masa tu perut lapar kriok kriok, jangan gundah.
Korang boleh pergi ke Indian Spice Express (Foodcourt dalam Venetian City, 2nd floor).


: : Signboard The House of Dancing Water : :

Memula tu ada la jugak plan nak gi nonton dancing water ni, tapi bila tengok tiket, uuuuu urut dada kami dua ha.
Korang nak tau berapa, pi la google sana.
Takpelah, mana tau di hari muka kami kaya dan berjaya, boleh la pergi.

Kalau korang ada bajet, gi lah nonton.
Dengar katanya, dancing water terbaik di dunia ni.
Ada saya nonton The Amazing Race, depa buat cabaran dalam dancing water ni.
Gempak kot!


: : Nak balik hotel boleh tunggu shuttle bus kat building City of Dreams. Kena turun kat bawah tanah yer : :

Dah sampai hotel, kitorang menapak semula ke area Senado Square sana.
Tujuannya saya nak cari fridge magnet dan tshirt.


: : Ada aiskrim durian. Tapi tak beli gak sebab masih tak dilayan.  Huwaaaa : :


: : Masy beli buah ceri : :


: : Saya pau sikit. Harga taktau. Tapi Masy kata dia macam kena pau dengan penjual tu. Ntah ler : :

Biasa kalau gi jalan mesti saya akan belikan anak anak saudara saya tshirt, tapi kali ni malassss sebab malas nak membelek.
Lagipun kualiti macam kureng.


: : Beli sehelai ni je untuk Yaya : :

: : Beli sweater kat kedai ni 3 helai. Untuk saya, Encik Z & Yaya. Harga boleh tahan murah : :

Oh lupa nak cerita, saya cek ramalan kaji cuaca, memang hari kedua ni hujan akan turun.
Cumanya tak sure sama ada hujan siang atau malam.
Alhamdulillah siang tu cuaca ok walaupun mendung.
Ni masa kitorang jalan ni tengah hujan.
Tu orang dok berteduh la tu.

: : Singgah kedai ni beli payung. Kedai ni la yang saya kata takmau terima HKD tu : :

Selain payung, kitorang keluar masuk kedai jugak sebab nak cari bekas makanan.
Esok plannya nak bawak bekal nasi masa pegi jalan jalan.
Punyalah susah nak cari bekas makanan ha.
Tapi akhirnya dapat lah bekas seperti dibawah.

Balik hotel mandi rehat apa semua, Masy siapkan dinner berupa Nasi Goreng Kampung Cap Brahim’s.
Saya memang tak pernah makan ni.
Saya ni rasanya kalau jalan pi oversea belum pernah lagi kot bawak bekal bekal nasi ceni.
Kalau ada bawak pun maggie dengan bubur nasi je.


: : Satu paket dibahagi 2. Alhamdulillah mujur ada Pak Brahim : :

Malam tu saya layan tv je.
Nonton program ala ala kisah benar yang saspen.
Layan nonton, baru teringat eh apa ke hei lama nau dak Masy dalam toilet ni?
Pengsan ke apa.
Rupa rupanya ishhh… Gi lah baca kat blog DIA sana.
Koser nak cerita tau. Huh.

2 thoughts on “Macau : 2nd Night

Comments are closed.