Blog Maya Dot Com

AI Level 1

Setiba tiba saya dipaksarela attend Kursus Introduction To Working With Adobe Illustrator – Level 1.
Tapi saya ok je. Pembelajaran itu bukan kah proses yang berterusan?
Gitu ku berfikiran positif.

Kursus 2 hari 18 Julai & 19 Julai 2016.
Tempat kejadian di Teras One Solution Training Centre Kuala Lumpur di Bangsar sana.

Suka la office depa ni. Kecik molek je officenya tapi tenang, sunyi, bersih.
Mesti seronok kalau kerja kat sini sebab staff pun tak ramai.


: : First time guna PC Mac. Jakun sebentar : :


: : Marilah memulakan sesi pembelajaran : :


: : Tengok jadualnya ok la tak pack sangat : :


: : Khairul pun course sekali : :

Lunch tak disediakan tapi ada minum pagi dengan minum petang.
In between kalau nak bancuh air boleh je.

Seronok la course AI ni.
Belajar melukis, mewarna, buat shape, text, design segala.
Sesuai dengan jiwa saya, cuma cuma cuma.. kalau nak sumbat semua info dalam 2 hari ni macam agak information overload jugak la.
Aterr.. acik ni dah tua.

Ini final assignment ala ala exam gitu la.
Berpeluh peluh nak siapkan kau. Dekat 2 jam gak la berteleku nak recall balik apa yang dah belajo hehe.
Yang belah kiri cikgu buat, yang belah kanan tu saya buat.
Tak sempat nak buat bayang tapak cupcakes tu. Blurrr.

Cikgu kata ‘Ni cupcakes dah cair ni’
Boleh la tu cikguuuu. Janji nampak rupa paras ok lettewww.

Studentnya 3 orang je pun haha.
Tu yang kecik molek tu cikgunya. Cikgu Syera.
Mekasih Cikgu bagi tunjuk ajar.

Office saya tanya nak pergi Level 2 punya tak?
Saya macam errr errr errr. Macam taknak je? Heee…

    3 thoughts on “AI Level 1

    1. Ibu

      Bagus department awak. Nak bagi staff pie kursus luar & belajar benda2 baru. Kat sini, nan hado! Jadi sementara ada peluang, grab je!

      1. Mya Post author

        Alhamdulillah.. walaupun boleh tahan karat kepala otak nak ingat semua kan, tapi ok laa tambah pengetahuan gitu