Blog Maya Dot Com

10 Syawal

Dapat jemputan dari Liza untuk majlis jamuan raya merangkap majlis sambutan hari lahir anaknya Hannah.
Oleh sebab tempat kejadian cuma sepelaung je dari KSU, dan saya pun takde urusan lain masa tu, so apa salahnya menyinggah memeriahkan majlis kan.

Tempat kejadian adalah di Dewan Komuniti Surau Annur Bandar Baru Sentul.
Elok sampai Hannah tengah potong birthday kek.
Ni depa 3 beradik. Muka semua seacuan je hehe.


: : Ayam masak kicap, ikan masin masak lemak nanas, ulam ulaman dan sambal belacan sesuai untuk orang yang sedang kelaparan seperti saya hehe : :


: : Liza Masrina. Dah kenal sejak umur 14 tahun.23 dah kita kenal ek Liza? : :

Lepas selesai majlis Liza saya pergi AEON AU2 nak cari barang barang sikit.
Tengok whatsapp family Kaklong kata depa sekeluarga nak pergi visit We kat hospital.
Alang alang dah dekat benar tu, so saya pun roger la Kaklong kata nak join sekali.

We, kakak arwah Abah.
Dulu masa kitorang kecik kecik time duduk kat JB & Singapore, bila turun KL, rumah We ni lah jadi tempat kami bertumpu tumpang tidur segala.
Masa Kaklong baru dapat kerja kat KL pun, rumah We jugaklah tempat Kaklong menumpang sebelum dapat rumah sewa.

Semoga We kembali sihat.
Teringat ayat Mama, “Yong, kakak ipar yang paling baik”
Korang ada kakak ipar yang paling baik?
Saya takde. Lol.

Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan ni macam sunyi sikit tau.
In fact masa memula sampai tu kitorang sesat salah naik lif, sampai kat floor yang kosong, sunyi, gelap gelita.
Caca dah ketakutan bila saya kata takut la ada hantu la hehe.
Sudahnya waktu nak solat maghrib saya yang ketakutan.
Heret Caca & Balqis teman hiks.

: : Kantoi Balqis takde gigi hihi : :


: : Firs time jumpa telekung corak gini : :

Saya konon konon nak ajak Kaklong sekeluarga makan kat Williams Danau Kota tu.
Sampai sampai terus duduk tetengok eh eh dah tukar restoran lain ke?
Sekali bukan Williams da… Dah tukar restoran Pak Uda Station sudahnya.
Sabooo je laaa.


: : Caca tetaplah dengan kembung 3 rasanya : :

Gaya style kedai makan ni macam William sebab ada gak western, air blended semua.
Tapi takde dah la yang Risoto Mee Raja apa semua tu.
Taste wise hmm tak berapa direkemen kot?

    2 thoughts on “10 Syawal

    1. diyanadi

      Lamanya tak makan kat William. Rindu nasi goreng ketam dia. Lawanya telekung akak, beli kata mana tu? Saya ada kak ipar yang baik, loving as well Alhamdulillah..