Blog Maya Dot Com

Sometime & Duck Scarves

Masa mula mula nampak bucket bag yang Sometime keluarkan, hati dah cam gedik hoiih lawanya.
Sebelum ni saya dah pernah beli jugak beg kat Sometime.
2 kali beli beg Sofina. Sekali beli beg Mini Soho.

Tapi masa first stage tu saya tak sempat beli.
Tengok announcement kata akan keluar 12 Februari pukul 11 pagi.
Bertunggu tangga la saya depan pc, tapi gamaknya ramai sangat yang masuk sampai website sangkut.
Tapi setiba tiba boleh pulak malam tu, elok je ada kat website.
Sebab saya tak belek instagram Sometime masa tu, makanya terlepas lah.

Baca komen komen kat instagram, ada personal shopper yang nak let go.
Tapi haruslah harga dimark up nya kan.
Sebab gedik nak jugak jugak, pejam mata la saya bayar RM209 + RM9 postage.
First time beli ni saya ambik warna Hazelnut.

Hari yang sama jugak tiba tiba Sometime announce nak buat pre order.
Saya macam terbayang bayang warna hitam, so place la order walaupun katanya akan dapat dalam hujung Mei.
Takpela, boleh buat beg Raya hehe.
Saya pilih untuk pick up kat showroom depa kat The Oval Damansara sana.

Memang betullah, hujung Mei, sebelum saya pergi Perth tu, dapat email kata beg dah ada.
Pergilah saya ke The Oval untuk collect.
Kawasan ni rata rata macam warehouse dan showroom product.

: : Masa saya pergi ni Sometime dah launch beg baru, Piko Piko namanya. Merasalah tengok dan pegang. Saya tak beli sebab backpack, so macam tak berapa sangat. Dulu dah pernah beli backpack jenama Bonia kot tak silap, tapi macam tak berapa guna sangat  : :

25 Mac tetengok eh eh keluar Niko Niko mini pulak.
Comelll je. Pastu fikir eh nak belikan untuk Yaya lah.
Boleh saya sedondon dengan dia berbeg baru di hari Raya hehe.
Mengada kan. Walhal budak tu tak kisah mana pun.
Baru darjah 6 kot! Tapi anak kita, suka hati kita la kannnn :-p

Tak berjaya beli masa tu, sebab haihhh ntah ler.
Ramai beno yang standby depan pc.
Tapi hari yang sama jugak keluar annoucement pre order.
Yey! Dijangka dapat awal Jun.
Memang betul, awal Jun dapat email kata dah boleh collect beg kat showroom.
So pergi la sekali lagi ke sinun.


: : Dalam masa terdekat ni pulak keluar Clutch Sofina. Hoi apa ni banyaknya handbag keluar! Kena beli ni sebab sebab sebab errrr errrr : :

: : 3 beradik : :

: : Eh terbeli jugak? Haha ampunnn. Masa launching ni saya ada kat Perth. Mintak tolong Ceera belikan. Tq Ceera! Dah la tak mark up harga. Bagus sungguh. Bini sapa la ni. Clutch ni nak simpan barang barang mekap bila pegi travel hihi : :

OK habis cerita Sometime.
Cerita Duck Scarves pulak!
Ni gegara baca status kat FB Ceera.
Katanya dia gagal dapatkan duck scarves limited edition Hari Ibu.
Saya pun gigih la scroll gambar kat instagram.
Hoihh comelnyaaaa.

Katanya ni Vivy draw kekecik dulu.
Kau ni kan Vivy. Terus lah rasa nak nak nak walaupun tengok harga macam nak termeninggal jugak.
Tapi dah sold out kat website.
Tup tup nampak pulak Nana up status dia ada extra warna biru.
Dia nak tolak sebab PS dia terbeli 2 warna.
Sib baik dia tak mark up harga.
So belilah hehe.

Tapi biasala manusia mana pernah puas.
Macam termimpi mimpi pulak yang warna pink haaa.
Scroll instagram tengok ada orang nak let go, tapi dia mark up harga.
Saya COD kat rumah dia, saya dah otw boleh pulak harga tu up lagi.
Sabooo je lah. Alang alang dah sampai tu, saya ambik je laa.

: : Shawl datang sekali pakej dengan twilly. Yang pink tu saya dah pakai 2 kali dah. Yang biru je belum pakai lagi. Pakai raya lah kot heee : :

    3 thoughts on “Sometime & Duck Scarves

    1. diyanadi

      Hehehehe jahat tau depa ni selalu buat kita rasa nak membeli je..high 5 skek sbb clutch kaler sama. Fiko2 saya sama cam kaler niko2 akak, hazelnut gak.