Blog Maya Dot Com

Shopping Raya & Nasi Ulam

Sabtu, 2 Julai, Mama dengan Yaya sampai KL pukul 11.30 malam.
Macam biasalah pergi jemput diorang kat KL Sentral.
Yer tahun ni raya kat KL lagi.

Besoknya barulah bawak Yaya pergi shopping barangan raya dia.
Mama malas nak ikut. Nak siapkan nasi ulam katanya.

Konon nak keluar pagi pukul 9.30 camtu, tapi biasalah kan mesti ke laut jugak lewatnya.
Pukul 11 pagi camtu baru la gerak ke Midvalley.
Orang boleh tahan meramai.

Terus je pegi Jelly Bunny sebab memang dah aim nak beli kasut ia kat situ.
Ada sales up to 50%!
Jangan kata Yaya, saya pun merambang mata tengok kasut cecomel dan wangi ni.


: : Mintak pendapat Ayah. Sian Mommy dipinggirkan #pasrah. Masalahnya Mommy ni asyik menaga je, mana la tak dipinggirkan haha : :

: : Yaya dah pakai saiz 6 sekarang. Aiyoo. Ada berpotensi akan berkaki gajah macam Mommy nampaknya ni : :

: : Akhirnya beli dedua ni. Lepas diskaun tinggal RM49 saja : :

Masuk AEON. Dapat la 2 helai seluar besar ala ala Scha Al Yahya.
No no bukan saya punya. Yaya punya.
Saya tak membeli apa pun.


: : Encik Z yang boleh tahan cerewet dan kedekutnya cari baju melayu : :


: : Dari Yaya kecik sampai la dah darjah 6 ni. Baju tidur dia memang beli kat J Kids je : :


: : Beli baju mandi kat Ogival. Rasa baru je beli bulan 9 tahun lepas. Cepat benau ketatnya. Tu dia dah rasmikan mini Niko Niko dia. Memang sedang elok cantik je. Jumpsuit tu saya beli kat Lombok : :

Singgah Nichii, FOS, Uniqlo & Padini jugak.
Kalau ikutkan tak cukup lagi barangannya.
Nak cari blouse lagi 2 helai. Short jeans sehelai.
Tshirt sehelai. Dengan wallet.
Tapi saya dah tak larat nak jalan.
Tambah pulak nak kejar Zohor kat rumah.


: : Hasil shopping : :

: : Barang sendiri, sila bawa sendiri yaa : :

Petang tu Kaklong sekeluarga sampai.
Katanya nak pegi shopping tapi tak pegi pegi pun ha.
Ooo tukar plan nak pegi malam malam karang.
Baiklah.


: : Bawak bebudak pegi tengok rumah baru : :

Ingat tak merasa dah nak makan Nasi Ulam ni.
Tetengok Mama gigih bawak segala mala ulam dari Taiping.
TQ Ma!

Makan dengan ikan masin & sambal belacan.
Tu sambal ikan bilis untuk Encik Z yang tak makan Nasi Ulam.
Eeieii rugi!


: : Tak cukup ulam dalam nasi, boleh tambah ulam sendiri. Plus jeruk petai! Memang tak pandang yang lain lagi dah : :


: : Sirap 2 jug. Sirap bandung 1 jug.  Ya ampun kenyang sesungguh hari tu! : :

Konon Kaklong nak gi shopping malam tu kan, kita merancang Allah jua yang menentukan.
Kereta Abang Long bateri nya kong masa depa pegi pasar ramadhan kat UTC Sentul sana.
Sudahnya depa berbuka kat dalam kereta.
Tunggu Encik Z gi rescue. Dalam pukul 9.30 malam gitu la baru sampai rumah.
Ish ish ish.

Tapi malam esoknya depa berbuka kat kat luar sekalian shopping kat Sogo nun.
Saya dengan Encik Z join lepas berbuka.

Dapatlah lagi 3 helai baju Yaya.
Short jeans yang saya tengok kat Uniqlo tu dah takde huhu.
Wallet je la tak jumpa jugak. Jalan sampai Sogo tutup ha.
Nanti lah kendian kendian cari pun takpe kot.


: : Sebab dah takde baju, rasmikan je la baju yang baru beli ha. Seluar besar tu yang beli kat AEON. Baju Nichii. Kasut Jelly Bunny. Kelas tak darjah 6 dah buat OOTD? : :

Selamat tinggal Ramadhan.
Panjang umur kita akan berjumpa lagi.