Macau : The Macao Museum & Monte Fortress

Seterusnya kami ke The Macao Museum.
Sebelah je pun dengan Ruins of St. Pauls tu hehe.


: : Seram pokok ni. Berhantu tak agak agak? Huhu. Yang posing tu amboi sangat tu : :


: : Selfie dulu sebelum masuk : :


: : Eh eh tertiru pose Baby pulak hehe : :

Masuk dalam ni kena bayar MOP15.
Dalam RM8 camtu la. Muzium ni ada 3 tingkat.
Saya pusing kejap je. Tapi si Masy punya la lama dia dalam tu.
Apa dibelek taktau ler.


: : Kedatangan kami disambut oleh Uncle ini : :


: : Hmm kurang pasti apa yang sedang dilakukan oleh dak Masy : :

Nama pun muzium kan, segala macam tentang sejarah Macau ada dalam ni.
Tinggal rajin tak rajin nak baca je la.


: : Building warna pink. Comel! : :


: : Makanan tradisi Macau : :


: : Scary nih : :


: : Sabarlah Moi. Dunia memang macam ni : :


: : Nih lagi scary : :


: : Pengantin Macau : :

Pendek katanya siapa nak tau sejarah salasilah Macau memang disarankan la ke muzium ni.

Lama pulak si Masy kat dalam muzium tu, so saya gerak pepelan jalan keluar.
Masa nak keluar pintu tu, sorang security orang Filipina tegur ‘You look so sad’
‘No lah. Not sad. I’m tired’

Saya pun duduk la tunggu kat kerusi.
Masy pun keluar. ‘Akak, security tu cakap dengan saya. Your friend look sad’

Heyy.. Kan akak dah cakap akak tired.
Benda kecik yang kau nak besar besarkan tu kenapa haaa..
Gitu bak kata P Ramlee dalam filem Masam Masam Manis. Hiks.

Luar muzium ni ada kawasan luas tempat orang lepak lepak bergambar.
Tempat ni namanya Monte Fortress.
Ambik nama sempena Monte Carlo Las Vegas ke cemana ni?

Dari atas ni boleh nampak view Macau.
Best la lepak. Dengan sejuk angin semua.
Layan feeling je laa..


: : Ha tu muzium yang saya masuk tadi tu : :


: : Ada meriam belakang tu. Kubu la ni dulu kan : :


: : Padre Matteo Rioci. Seorang paderi yang berasal dari Itali. Merupakan tokoh pengasas misi Kristian di China. Juga membawa pengaruh barat ke China : :

3 thoughts on “Macau : The Macao Museum & Monte Fortress

  1. maafkan saye sis, sy mmg suke muzium huhu tu pon banyak skip aritu sbb kesiankan sis tunggu lama hehehehehe

Comments are closed.