Macau : St Ruin Church

Berpandukan itinerary yang telah disusun, kami pun mula mengorak langkah.
Destinasi pertama adalah ke Senado Square.
Dalam 500 meter gak la menapaknya.
Tapi tapi tapi tu belum sampai Senado Square lagi.
Baru sampai kat Cathedral of the Nativity of Our Lady.


: : Kat tiang pun bolehhh : :


: : Menuju puncak : :


: : Cathedral of the Nativity of Our Lady.  Ianya adalah gereja yer anak anak : :


: : Ini pula St. Augustine’s Church : :


: : Kat Macau ni memang banyak gambar saya fefeeling Che Ta. Mekasih la kat Baby sebab rajin melayan hiks : :

Meneruskan perjalanan untuk ke Ruins of St Paul.
Urut dada saya tengok ramai nya umat manusia dah macam ulat taik!
Eh siapa tah yang guna istilah ulat taik ni ntah. Mohon halal.
Korang reramai ni nak pegi mana ni? Judi ek?


: : Orang jual aiskrim durian : :


: : Ni promote durian jugak ni : :

Setelah meredah kesesakan umat manusia, sampai akhirnya kat Ruins of St Paul.
Dah la sebelum tu jalan ia macam mencanak naik bukit, memang letih laaa mendaki.
Sib baik jugak sejuk. Kalau panas, mau dah tik tik tik peluh.


: : Arah datang dari bawah tu la. Tengok ramainya manusia kan? : :

Korang tau ke idok Ruins of St Paul ni tempat apa?
Ruins of St Paul ni merupakan runtuhan sebuah kompleks dari abad ke 16 di Macau ini.
Di dalam ni asalnya merupakan ada 2 gereja.

Pada tahun 2005 runtuhan ini secara rasminya didaftarkan sebagai sebahagian dari Pusat Sejarah Macau, Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Kalau tadi dah tengok dari belah depan, moh kita naik atas tengok apa rupa pulak dari arah belakangnya.


: : Ni ntahlah apa. Ada baca tapi macam lupa pulak. Takkan kubur kot? Masy, mohon pencerahan : :


: : Dapat map ni kat Information Counter. Next destination plis! : :

4 thoughts on “Macau : St Ruin Church

  1. sebelum itu, akak nanti email kt sy eh pic2 kat st augustine tu, rasanye ade lagi yg candid2 hehehe

    yg dlm kaca tu kalau tak silap ingatan sis.. mcm brg2 tinggalan yg dorg jumpe kt gereja tu.. apekah ia nanti sy tgk balik pic2 yg sy snap ye hehehe

Comments are closed.