Macau : Sintra Hotel

Macam biasalah, dalam pencarian hotel ni, kalau tak juling bijik mata memang tak Normaayah Sopiah la namanya.
Korang tau tak hotel kat Macau ni mahal mahal belaka?
Stress ok. Agaknya sebab tu la dia bagi perkhidmatan bas percuma ke mana mana, tapi dia kaut tang hotel pulak.
Ooo hampa nak naik bas free naa.. Kalau gitu bayaq hotel mahai!
Begitu bila orang Macau cakap utara. Hiks.

Hasil pengooglean selama berminggu minggu, saya sebulat suara memilih Hotel Sintra.
Macam biasa book via booking.com.
Nak tau harga satu malam berapa?
Lepas convert, satu malam RM607.00 kau!
Nangis ke idok dengar harganya?
RM607 darab 3 malam sama dengan RM1823.
Kenapa kau menangis di sini? Pergi kauuu menangis di sana!
Bahagi 2 orang so sorang bayar RM911 untuk hotel saja tskkkkk.

3 star hotel je pun. Dah la takde breakfast.
At least kalau ada breakfast tu boleh jugak la kitorang sesah air ke, buah ke, salad ke kan.
Itulah hakikat yang perlu diterima.
Hotel di Macau ni memang mahal belaka.

Macau

Macau1


: : Lobi : :


: : Bilik kami. Luas dan selesa : :


: : Saya cop tepi dinding hehe : :

Overallnya kira oklah Hotel Sintra ni. No komplen.
Eh tapi kat sini pun sama macam kat Hotel ChiangMai hari tu.
Takde iron! Tapi tu masalah Masy sorang je la, I is ok hehe.
Kot kalau korang google jumpa hotel lagi murah, rezeki korang ler.

Currency Macau ni ialah MOP (Macau Pataca)
Tapi kan hotel ni saya bayar dalam HKD (Hong Kong Dollar)
Saya pun tak faham sebab ada sesetengah tempat nak MOP.
Sesetengah nak HKD.
Ada satu kedai kitorang pegi tu siap sign besar besar No HKD.
Dah kenapa korang ni dekat dekat pun nak bercekau berkira sangat MOP dengan HKD?
Satu kerja saya dengan Masy tukar duit kena bahagi bahagikan antara MOP dengan HKD.

Nak convert tak susah sangat sebab bahagi 2 je.
Contoh MOP100 sama dengan RM51 camtu.
So kitorang takde la nak kena refer converter sangat.


: : MOP : :


: : HKD : :


: : Rest kejap, pastu makan la Nasi Dagang Kari yang dah ditapau tadi : :


: : Ayuhlah kita tengok apa yang best kat Macau ini : :

One thought on “Macau : Sintra Hotel

  1. Mak aiii….ala kalau bab hotel memang mahal la kat macau.,..cuma maybe ada tempat yang murah kot…maybe 2 star ke…takpe kena search lagi nampaknya

Comments are closed.