Macau : Hello Macau!

Macau? Why Macau? Why?
Gitu soalan korang kan? kan?
Tau dah saya haaa..

Gini ceritanya..
Saya dengan Masy dari last year memang dah plan nak jalan jalan sesama tahun 2016 ni.
Tapinya ada tempat yang saya dah penah pegi, ada tempat pulak yang si Masy dah penah pegi.
Makanya godek punya godek haaa jom ke Macau memandangkan dedua tak penah pegi.

Beli tiket 6 Februari 2015, macam biasa masa ada promo Air Asia.
Harga tiket RM221 per person return.
Saya ambik luggage kena tambah lagi RM116.
Tambah lagi RM45 untuk makan pegi balik.
So total RM382.

Kami ke Macau 4 hari 3 malam.
Dari 9 – 12 Januari 2016.

Flight pukul 6.30 pagi.
Memula plan ingat nak ajak Masy tidur kat Capsule Hotel kat KLIA2 tu.
Tapi tup tup tengok full house lah pulak. So rancangan bertukar.
Masy gi KLIA2 awal gak, dia lepak kat surau.
Saya pulak Encik Z hantar naik kereta.
Pukul 3.30 pagi dah keluar rumah dah ha..

Masy bawak 2 beg kecik je. Yang sebungkus dia wrap tu dia check in sekali dengan saya.
Sekali terlebih la pulak 2 kg.
Bongkar bongkar balik, keluarkan jeans sumbat kat beg lain yang saya hand luggage.
Sian kita kena marah sebab bawak banyak baju. Sedih tauu..


: : Masy ngantuk katanya sebab tak dapat lena dalam surau disebabkan bau stokin manusia manusia yang kurang kesedaran sivik huhu : :


: : Untunglaaa duduk sebelah mat salleh hehe : :


: : Tetiba gambar makanan kannn hiks : :

Jangan kata kakak tamak haloba pulak makan sampai 2 hidangan.
Yang sebenarnya Mac & Cheese tu betul untuk makan dalam flight, tapi yang Nasi Dagang Chicken Curry  tu nak makan kat hotel nanti.
Harus diingat ya, kami ni ke Macau. Tempat makan halal adalah very limited edition gitu.
Jadi sebelum kebulur, baiklah beli sesiap food dalam flight ha..

Tu cupcakes 2 ketul atas tu memang sengaja saya beli untuk kitorang dua.
Kami ni sesama bayi kelahiran bulan Januari.
Geli pulak sebut bayi tu di usia remaja purba ni hehe.


: : Happy Birthday Masyita Abdullah! : :


: : Sanah Helwah Masyita Abdullah & Normaya Mukhtar! : :


: : Alhamdulillah dah nak sampai. Nampak ke idok daratan itu? : :

Masa nak landing tu kan, runway tu cam pendek sangat saya tengok.
Sampai berkocak air laut haaa. Seriau kejappp.
Dari KLIA2 ke Macau International Airport ambil masa 3 jam 45 minit.
Time zone sama, so tak payah runsing atau keliru k?


: : Kena naik shuttle untuk masuk ke dalam bangunan terminal. 2 saat dah sampai nya pun : :


: : Dalam shuttle : :

: : Collect beg dulu. Nampak tak tu suhu kat Macau? : :

Lepas collect beg, terus tukar kasut.
Masa datang tu saya pakai kasut sarung Crocs je, ni dah sampai Macau dengan musim sejuknya, haruslah nak fefeeling Che Ta kannn hik hik #jangankecamkakak
Sarung jugak winter coat Olaf saya.

Sebelum pegi Macau ni wajib wajiblah dah study kat blog sana sini.
Dan yang paling details saya jumpa kat blog REN.
Taknak pepening nak compare dengan blog lain, so saya memang refer kat blog REN semata.

Ikutkan ada free shuttle bus dari airport pergi ke town.
Kitorang kena naik bas yang pergi ke Hotel Grand Emperor.
Tapi kitorang tak stay kat situ, just tumpang bas je, faham?

Style kat Macau ni banyak free shuttle bus, boleh je tumpang naik walaupun tak duduk kat hotel itu.
Lalu saya dengan Masy pun tunggu lah kat tepian airport ni ha.
Banyak dah ha bas berlalu pergi, tapi tak nampak bas yang kami tunggu.
Ada ke tidak ntah kami pun dah ragu ragu sebab dah lebih setengah jam menunggu.


: : Ada gaya Che Ta tunggu bas tak? Masalahnya Che Ta naik bas ke pun? Tu boot saya beli kat Mesir tu. Baru 2 kali ni la pakai nya : :

Ku menunggu……. #backgroundlaguKuMenungguRossa

3 thoughts on “Macau : Hello Macau!

  1. saye ke yg marah akak tu? adekah? kalau saye, maafkanlah sisss.. takde niat nak marah pun. ommelaka kan mmg pesen cakap kuat mcm nak cari gadoh je hihihi

    ok next!

  2. seronoknya lahai….nanti nak start balik la travel..tahun ni banyak dugaan..insyaallah nak start balik tahun depan..kena alert AA buat promo ni

Comments are closed.