Macau : Gondola

DSCN5219
: : Dah nampak arah ke Gondola : :

Korang kalau ke Macau, tak naik gondola, memang tak sah lah percutian ke Macau itu.
Umpama pergi ke Paris, tak naik Eiffel Tower.
Umpama ke Kuala Lumpur, tak naik Petronas Twin Tower.
Gitulah perumpamaannya.


: : Tiket berharga MOP128 seorang : :


: : Lepas beli tiket, beraturlah untuk menaiki gondola itunya pun : :


: : Nanti seorang pengayuh akan mengayuhlah gondola itu, walaupun sebenarnya tak kayuh mana pun hehe : :

Pengayuh ni ikut nasib nasib la dapat siapa.
Ada dalam 5,6 orang jugak.
Masa sampai turn kitorang kan, pengayuh lain macam ‘Waa u gais so lucky u get Julio’

Saya dengan Masy pun tertanya tanya, apa hebat sangat ke si Julio ni?
OK muka memang jambu hadek hadek, tapi adakah servisnya tip top?

Satu gondola ni sumbat 4 orang.
Memula tu macam rengsa jugak apa hal lak nak kena naik dengan orang lain ni kan?
Tapi dah gitu undang undangnya, kau ikut je laaaa.
Unless kau nak charter satu gondola tu, bayau je laaaa.

Kalau korang biasa pergi Genting Highlands, haa gini jugak la romannya.
Yang Macau ni pun inspired by Gondola Ride kat Venice nun.
Tak dapat naik kat Hitaly, dapat naik kat Macau pun boleh.


: : Kami segondola dengan pasangan suami isteri dan anak lelaki mereka dari Taiwan. Nasib diorang ni ok. Takde la stok stok Cina jinjang kiasu ke apa. Kau tengok si Julio tu dah menganga nganga mulut. Kau tau dia buat apa? Tengah menyanyi : :

Saya tengok pengayuh lain takde pun nyanyi nyanyi ke apa.
Tapi si Julio ni astaghfirullah.. dia punya hyperactive tuuu.
Sampai kitorang kau ni telan gula satu balang ke apa ha?

Tapi maksudnya bukanlah rengsa ke apa.
Cuma macam terperanjat kau dah kenapa kemain riang gembira ni sangat ni ha?

Tak cukup dengan tu, dioleng olengkan pulak gondola tu.
Gondola lain saya tengok dalam 20 minit je kayuhannya, tapi dengan si Julio ni lebih setengah jam kot.
Mau tak, semua lagu dibantai nyanyi.
Lagu Cina, lagu burung kakak tua, lagu Indon semua.


: : Kau tengok muka teruja dia tu. Tah hapa yang diteruja kan tah : :


: : Kitorang nak bergambar sibuk la dia ajak sembang. Tu memula dia cuit bahu saya, pastu dia pegi pegang telinga saya. Dipanggil panggil Cantik Cantik. Astaga Julio. Kau dah kenapa haaaa. Kau tau tak kakak ni kat Malaysia ostajah tau takkk hahahaha : :

: : Dah taktau dah nak cakap apa. Layankan aje laaa : :

Tapi sebenarnya happening la walaupun dia terlebih gula.
Dok nyanyi dengan pelat pelat nya.
Saya dengan Masy gelakk je manjang.

Sebelum gondola tu gerak tadi ada orang snap gambar.
Biasalah tu kan.
Lepas tu dijual lah kat kami kami ini.
Amboi harga boleh tahan meninggal.
Akhirnya kami ambik yang keychain je.

DSCN5231
: : Masa nak bayar harga keychain kat kaunter tu tengok tengok ha gambar Julio terpampang kat dinding. Ooooo duta Gondola Macau ni ke? Patut laaa lain dari yang lain. Ok ok now I gettit hehe : :


: : Singgah kedai souvenir beli fridge magnet : :


: : Tu gondola kat belakang tu : :

Dalam ni indoor. Belah atas diorang buat macam langit.
So feeling tu macam kat outdoor.
Menarik la tempat ni. Wajib pegi tau.

One thought on “Macau : Gondola

Comments are closed.