Macau : City of Dreams & The Venetian

Balik bilik rehat solat apa semua.
Dalam pukul 5 petang keluar balik.
Perancangannya nak ke City of Dreams & The Venetian.

Dari Hotel Sintra boleh naik free shuttle bus ke City of Dreams.
Memula tu macam ragu ragu jugak.
Kot sapa yang nak berjudi je boleh naik bas free ni kan.
Tapi rupanya tidak, kau buat muka tebal lompat je naik bas ni.

Perjalanan ambil masa dalam 20 minit gitu.
Kena merentasi jambatan yang ke arah airport.

City of Dreams is a property along the Cotai Strip in the Cotai reclamation area in Macau, China. It is built, owned and managed by Melco Crown Entertainment, formerly known as Melco PBL Entertainment.


: : hashtag jangan kecam saya : :

Masuk masuk tengok ada ikan duyung tengah berdansa dalam visual air. Namanya Vquarium.

Experience the flow of good fortune in the virtual underwater world

Mermaids Swim Up to Perform a Water Dance and to Wish You Good Luck.

In a magical water world, sea creatures and good fortune flow all around you while virtual mermaids swim up to perform a water dance and to wish you good luck. Vquarium is one of City of Dreams’ attractions that you and your family and friends will not forget.


Lepas tu kitorang masuk dalam building City of Dreams ni tengok tengok apa yang best.
Memang banyaknya lampu lampu la di sana sini.


: : Abaikan muka kami yang sebesar rumah itu. Sila fokus pada lampu di atas. Besau! : :

Belah dalam  building ni ada Hard Rock Shop.
Tapi ntah kenapa kami tak masuk dalam kedai pun.
Agaknya sebab tau tak de nak beli apa kot?

Dari belah atas tu turun bawah tembus ke luar.
Yang kat bawah ni ada tempat makan dan lobi Hard Rock Hotel.

Menapak dari City of Dreams ke Venetian.
Ala sebelah menyebelah je pun sebenarnya, cuma kena jalan sikit la.
Best sebab dapat tengok building cantik warna warni.


: : Sudah sampai di The Venetian : :

Set on Macau’s Cotai Strip, this Vegas-style, Venice-themed luxury resort and casino lies 3 km from Taipa island and 8 km from Macau Tower Convention & Entertainment Centre


: : Ala ala kat Genting Highlands gitu : :

Kami sebenarnya nak menuju ke Tingkat 3.
Nak naik gondola.
Tapi untuk sampai ke tingkat 3 tu, kena merentasi kawasan kasino.Kira nak tak nak, memang kena lalu jugak.
Kalau tak, memang tak dapat nak ke tingkat 3.
Faham?

Lalu la dekat abang security sado.
Bagitau la niat murni saya dan Masy nak ke tingkat 3.
Bab tanya menanya ni boleh dikatakan 95% memang kerja saya.
Lagi 5% tu bila saya paksa Masy, barula dia buat.
Tu pun tarik muka hentak kaki. Biasaaaaa diaaaa tuuuuu.

Lalu bermula lah dialog dengan abang security sado.
“I want to go to level 3. Can I go through?”
“How old are you?”
“37”
“Your friend?”
“36”
“OK”

Saya nak berhenti usha orang main judi, tapi Masy marah.
“Tak padan dengan ostajah. Cepat kakkk”
Nyampah.

DSCN5216
: : Naik escalator untuk ke tingkat 3 : :

: : Dalam tempat judi tu tak boleh snap gambar. So snap dari atas ni je lah. Bawah tu semua sedang berjudi ria : :

One thought on “Macau : City of Dreams & The Venetian

  1. tu laaa saye ni pemalu, segan giler nak tanye2 org T___T maaflah huhuhuhuu.

    hahahha nk usha org main judi, kang org tu ajak kongsi skali kang guane hahahaha

Comments are closed.