Macau : Arabian Kebab & Senado Square


: : Turun cable car. Gayat! : :


: : Berpandukan map yang bersepah sepah tepi jalan ni, kami pun memulakan langkah untuk ke Senado Square : :


: : Stop kat sini tanya arah pada seorang pekerja Bangladesh : :

Akhirnya selamatlah sampai di Senado Square.
Tapi tapi tapi tak terus bergambar dulu.
Sebabnya kami nak cari makan dulu!
Hasil google, didapati ada satu kedai halal jual kebab.

Alamat memang dah ada, tapi ya ampun sistur…
Dekat sejam kami berputar putar Abang Halim cari kedainya!
Ikut map tu memang sikitttt lagi. Memang dah betul dah.
Tapi taktau la silap masuk lorong ke cemana.
Tanya orang dah berkali kali, tetaplah tak jumpa jugak.

Dah la tu, ada 3 grup bebudak perempuan Indonesia stop kitorang tanya ‘Mbak.. mbak tau nggak church yang terbakar di mana?’
Kau jangan nak church sangat ek.
Mbak ostajah tengah lapau serupa hawau ni.

DSCN5195
: : Tanya orang : :

Akhirnya yang bagi info betul ialah seorang mamat security yang hensem nyam nyam.
Speaking English pun lancarrr je.

So korang kalau nak cari tempat makan halal di Macau, berdekatan Senado Square, inilah dia. Arabian Kebab namanya.


: : Inilah kedai yang dicari cari. Kecik cenonit je pun haa. Tempat duduk pun takde : :

‘Come come, halal halal halal’
Gitu dipekik oleh mamat Arab ni pada kami.
Yer la sebab halal la kitorang cari kedai kau dekat sejam ni haaa.
Sabau, bagi kitorang bernafas duluuu.


: : Ni menunya : :


: : Saya ambik Beef Kebab MOP35 : :


: : Jemput makannn : :


: : Kedai jual kebab ni letak nya di sini. Travessa Dos Anjos : :


: : Lorong masuk bebetul berdepan dengan Ginza Plaza ni. Harap korang tak sesatlah yer : :


: : Inilah lorongnya : :

Dah kenyang perut, teruslah melangkah semula ke Senado Square.
Masa saya pergi ni kan bulan Januari, dah nak Chinese New Year.
Meriah dah la dekorasi nya. Tanglung merata rata.


: : Kat dataran ni siap ada stage untuk performance dan show naga : :


: : Leal Senado Building : :


: : Holy House of Mercy : :

Senado Square atau dalam bahasa Portugisnya Largo do Senado
merupakan dataran bandar berturap merupakan sebahagian daripada Pusat Bersejarah UNESCO Tapak Warisan Dunia.
Berbentuk segi tiga memanjang dan menghubungkan Largo do São Domingos pada satu hujung dan Avenida de Almeida Ribeiro pada hujung yang lain.
Meliputi kawasan seluas 3,700 meter persegi.


: : Manusia tak pernah nya tak ramai. Nak cross jalan pun tengok haa ramainya umat : :

One thought on “Macau : Arabian Kebab & Senado Square

Comments are closed.