3, 4 & 5 Syawal #teamrayakl

3 Syawal. Kembali ke office. Yey!
Rasanya kau sorang je kot yang gembira kerja di Hari Raya ni, Normaya hehe.

Ada 5 orang je kat office out of 35 orang.
Tuty, yang pun sespesis saya, gembira kerja di Hari Raya.
Balbir, Anne & Jayn.

Lepas office singgah Sogo nak cari barang barang basah sikit.
Beli ayam, udang, kobis dan bayam.
Ramai orang kat rumah nun.
Buat butter prawn tapi yang sarang tu tak menjadi sangat.
Nervous masak depan Mama dan Kaklong kot kihkih.

4 Syawal.
Pagi pagi dah siap bangun nak menziarah kubur arwah Abah kat Segambut.
Pergi berempat je. Abang Long tinggal jaga anak anak di rumah.

Balik dari kubur kerah anak anak semua bangun sebab nak pergi beraya.
Sebelum tu salam salam dulu dengan Kaklong sekeluarga sebab semalam tak sempat.
Apa apa bergambar dulu.


: : Salam dengan Opah dulu : :


: : Salam Mommy pulak. Tengok Aisya tu. Dah la taknak salam, tapi menempel kat sebelah. Lepas tu main main dengan roti. Urut dada Mommy ni tau tak : :


: : Salam dengan Ayah nak pulak? Grrrr : :


: : Bluekkkk Mommy! : :


: : Seronok lah semua pun happy ceria. Kecuali Balqis. Dia tu takmau senyum sebab gigi depan semua dah tanggal hehe : :

: : OOTD 4 Syawal. Instant shawl saya tu dari HijabsByHanami : :

: : Bertabah je la Encik Z layan kerenah bini dengan anak daranya ni : :

Bertolak ke Sungai Buloh nak beraya rumah Uncle Azhar & Auntie Rozie.
Uncle Azhar, adik arwah Abah.


Dari Sungai Buloh terus je ke KL Sentral.
Mama & Yaya nak balik Taiping dah.
Tapi sebab awal lagi, so pegi jalan jalan dulu dalam Nu Sentral.


: : Tetiba Caca lapar lah pulak. Kuat makan budak debab ni sekarang. Beli Pretzels Auntie Anne dengan Donut Big Apple, duduk lah makan kejap : :

: : Pastu makan KFC pulak. Tu yang paling senang kan : :

5 Syawal misi mengemas rumah.
Biasalah kalau Kaklong anak beranak datang, memang huru hara dibuatnya hehe.
Malam tu masak Ayam Sambal dengan Kobis Goreng Pecah Telur.

Itu sajalah kisah Raya saya.
Simple dan biasa biasa aje.
Raya korang cemanalah pulak? Cer citer…

2 thoughts on “3, 4 & 5 Syawal #teamrayakl

  1. Kalau saya pun ok je kot keje..xde org senang nak layan movie..eh? hahaha
    cerita rayaku biasalah raya pertama kat umah je tunggu sedara datang..raya kedua baru gi berjalan

Comments are closed.