Blog Maya Dot Com

15 Terakhir Ramadhan


: : Dah hujung hujung puasa ni dah tak tau nak berbuka apa dah. Sekali tu saya beli sushi ni je ha berbuka : :


: : Barang barang kat dapur cukup untuk buat Butter Prawn. So berbutter prawn lah kita berbuka di hujung minggu : :

Biasa tahun tahun sebelum ni saya akan berbuka dengan Masy sebab nak pas kan duit tukar.
Tapi tahun ni Masy tukar dengan kawan ia, makanya jumpa untuk berbuka je lah.

Ia rajin nak turun KL naik komuter.
Berbuka kat Shogo Sogo. Sekalian ia nak cari kasut raya.


: : Saya makan Caesar Salad saja, Masy belanja : :


: : Masy up gambar ni kat Facebook ia dan setiba tiba ada orang komen…. : :


: : Redup dan tenang OK wajah I : :


: : Lepas tu lepak pekena Frap Chip dan Frap Caramel kat Starbucks. Ohoiii sedapnyerrrr : :


: : Kak, tu corak hari raya ke? Hmmm.. ntah. K : :

Lepas Masy gerak, saya sambung cecuci mata dalam Sogo sementara tunggu Encik Z datang jemput.
Ingat nak beli bahan untuk buat Ayam Masak Bali yang viral kat Facebook.


: : Tetiba nampak ni. Ikan Mata Besar. Saya tak pernah jumpa la pulak. Rasa penasaran lalu terus up 2 ekor : :


: : Sambung jalan jalan kat tingkat atas. Hush Puppies ada sales. Terrrrrrjebak beli kasut ni. Ni bukan kasut raya k. Ni kasut office. Lepas diskaun tak sampai RM300 pun dua pasang : :


: : Sahur goreng lah Ikan Mata Besar ni sekor. Rasa dia macam ikan kembung tapi tak selemak ikan kembung. Saya makan ikan ni dengan nasi. Jangan korang ingat saya ratah dengan kopi O plak : :


: : Ayam Masak Bali! OK lah menjadi cuma kuah tu macam kurang kan sebab saya letak cili sikit kot. Tapi ok la, rasanya tak macam ayam masak merah dan tak macam ayam kicap. Gitu kata tips owner resepi ni : :