Western & Chinese Food

Isnin dengan Selasa lepas dua hari berturut turut berbuka kat luar sebab ada urusan yang tak berkesudahan.
Actually urusan tu urusan cari barang barang untuk rumah baru saya.
Saya memang tak update kat blog, tapi ada la up status kat Facebook.
Macam biasalah, kat blog ni kelembapan sikit.

Hari Isnin lepas office berdesup ke Petaling Jaya, setelkan barang barang elektrik.
Encik Z ajak berbuka kat Pizza San Francisco.
Saya tau tempat ni sebab pernah ternampak kat area Wangsa Delima, tapi tak pernah la pulak terfikir nak cuba.

"

"/
: : Ice Lemon Tea, Lime Special, Caesar Salad, Mushroom Bruschetta, Nachos dan Brais Lamb : :

Mushroom Bruschetta tu sedap.
Salad macam lembik sikit, tak krup krap sangat.
Nachos sedap. Brais lamb tu Encik Z yang makan.
Dia kata biasa biasa aje.

Banyak lagi menu lain. Rasa nanti kena repeat lagi ni.
Harga pun ok la, tak mahal sangat. mampu milik jugak.
Kat resit tu ada alamat nya. Tapi ada jugak branch kat tempat lain.

"

: : Hari Selasa berbuka kat Salam Noodles : :

Sebelum tu pergi Ampang lagi cari kedai lampu.
Jalan sesak sungguh dari Ampang nak ke Wangsa Maju.
Pergi AEON Big Wangsa Maju nak cari sarung bantal peluk.
Yang weekend saya pegi IKEA tu dah beli cadar dengan sarung bantal biasa tu tapi yang untuk bantal peluk takde la pulak.

Kat Salam Noodles ni menu cam tak banyak pilihan.
Compare dengan Mee Tarik Warisan Asli, situ lagi macam macam menu ada.

"

"

"
: : Dapat kurma dengan tembikai free : :

": : Dapat ni jugak free. Kuih simpul kot : :

"/
: : Encik Z makan Mutton Soup Noodles. Saya makan Mushroom Beef Soup Noodles. Biasa biasa aje kot rasanya : :

": : Air free flow. OK la kan, harga food RM8.50. Air free flow : :

Salam Noodles ni pun banyak branch jugak kat tempat lain rasanya.
Sila google ek.