Blog Maya Dot Com

WASIM bersama Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah & Fahrin Ahmad

Macam biasalah, bulan April kan bulan Setiausaha.
Lalu perlulah saya attend kursus kesetiausahaan.
Tapi kursus saya pegi ni bulan Mei. Boleh lah tu.

Tajuk kursus Memperkasa Warga Setiausaha Idaman Majikan atau kependekannya WASIM.
Kursus ni anjuran DMFK Inspirations Sdn Bhd milik Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah kat Dewan Inspirasi Fadzilah Kamsan (DIFKA), Bangi.

Pergi dengan Kak Wan berdua je. Saya drive.
Kak Wan alternate saya. Kira kalau saya takde kat office, Kak Wan yang kena cover kerja kerja saya.
Tu yang Kak As suruh jugak Kak Wan pergi kursus ni.
Sekali lagi nervous menguasai diri. Sebab dah lama tak drive jauh jauh kan, tapi sebenarnya alah bisa tegal biasa je pun.

: : Tu belakang tu tempat kursusnya. Rumah kedai : :


: : Register dan dapat ni semua : :


: : Lepas tu breakfast : :

: : Blouse dari HijabsByHanami. Instant shawl dari SHE. Skirt dari MONO.KL : :


: : Kak Ina dari dept MAG pun ada jugak. Kira kitorang 3 je lah peserta dari B** : :


: : Kudap kudapan disediakan. Agak agak lapar tu, gi je belakang ambik kuih muih ke, coklat ke : :


: : Selain kudap kudapan, ada juga dijual telekung la, tudung la, produk makanan la. Saya beli Body Mist ni. Dato kata bagus kalau tengah pening ke migraine ke, sembur je. So far saya pakai ok la. Bau dia segar : :


: : Be Inspired, Take Charge, Create Miracles! : :

: : Dato memulakan sesi pembelajarannya : :


: : Lunch makan kat Restoran bawah, tempat yang sama breakfast tadi : :

Lepas lunch sambungan sikit lagi sesi dengan Dato.
Pukul 4 petang, Fahrin dan wife nya pun masuk dalam dewan.
Slot Fahrin ni more to sembang sembang dan main game je.


: : Kak Ina tengah cuba jawab soalan. Bertuah betul Kak Ina hari tu, menang 3 hadiah tak silap saya. Termasuk la tudung Neelofa : :


: : Sorang peserta kena bagi ucapan terima kasih pada Dato untuk sesi hari ni. Kau tengok Fahrin kat sebelah tu, sempat lagi ha menyelit bergambo : :

Lepas tu Fahrin ajak wife dia ke depan tanya soalan pada peserta.
Wife dia tanya ‘Fahrin berasal dari mana?’
Ada la orang tu dapat jawab ‘JB’

Fahrin kata kat wife dia ‘Alah senang sangat soalan awak tu’
Saya pun cakap gak dengan Kak Wan. Ntahnya, senang sangat soalan tu.

Tiba tiba Fahrin tanya ‘OK, apakah filem yang saya berlakon bersama Nasha Aziz & Umi Aida?’
Hah pantas saya angkat tangan. Fahrin pun terperanjat haha.
‘Puaka Tebing Biru!’
‘Yer betulll. Sila ambik hadiah sila sila’

Ikut rentetan gambar dibawah ni yang Fahrin tengah baca tu kan, ‘Anda telah memenangi rempeyek yang dibuat oleh maid Dato Dr Fadzilah Kamsah’
Tak tau nak gelak ke nak nangis haha.
Takpe, yang penting dapat jawab. Dapat ambik hadiah, dapat ke depan dan dapat bergambar dengan Fahrin & wife nya hehe.

Pastu siap mengada saya sambung dialog ‘Saya tau jawapannya sebab masa pelancaran filem ni dulu, saya ada pergi. Tu yang ingat sangat tu’
‘Oooo yeke. Terima kasih la jadi peminat Fahrin Ahmad’
Motip??? Haha.

Sebenarnya saya ada kisah silam dengan Fahrin Ahmad ni.
Rasa macam pernah cerita dulu kat blog kot.
Dulu masa saya Darjah 5 & 6, saya aktif masuk pertandingan macam macam.
Terutamanya pertandingan Alam dan Manusia.
Selalu la pergi bertanding kat sekolah sekolah.

Ada satu pertandingan tu saya pergi kat sekolah si Fahrin ni lah.
Lepas tu kitorang berkenalaan. Tukar tukar nombor fon.
Matikla darjah 6 dah menggatal.
Yasmin, jangan tiru aksi ini hiks.
Masa tu saya sekolah kat Sek Keb (P) Bandar Tinggi, Johor Bahru dan tinggal kat Singapore.

Ada la 2,3 kali Fahrin call kat rumah.
Tapi kali ke 3 dia call tu saya reject dah sebab dapat tau dia keluar dengan budak SIGS nama Fiza.
Darjah 6 dah cemburu buta. Walhal Fahrin tu bukan boyfriend kau pun. Bongok punya Normaya haha.
Saya ingat laaa Fahrin ni sebab dari darjah 6 memang dia hensem pliss.
Nama pun memang tertancap je la di sanubariku.

Tapi masa jumpa ni takde la saya nak tanya or cerita ke pulak dengan dia. Ajer giler.
Dah la dia dengan wife dia.
Kalau tak de wife pun, takde nya la saya nak cerita haih.
Dia pun tak ingat saya tu. 25 tahun lepas punya cerita kot!

OK dah sekian mengimbau kenangan.


: : Selain rempeyek, saya jugak dapat kad kesihatan dalam gambar tu. Siap ada rantai kesihatan sekali. Encik Z kata agaknya ada kena mengena dengan aura positif camtu kot? Ntah ler : :


: : Sesi penyampaian sijil : :


: : Majlis penyampaian sijil. Orang sibuk kat depan, kitorang sibuk selfie kat belakang. Hiks : :


: : Sijil Penyertaan : :

Sempat jugak la saya puji kata Puan Elena lawa la.
Tersenyum senyum dia cakap terima kasih.
Tapi memang lawa lah. Lagi lawa dari dalam gambar.
Fahrin tu memang sokmo la senyum camtu kannn.


: : Hashtag Team B**. Sebelah Dato tu wife dia. Lepas saya dapat rempeyek tu dia datang tegur. Dia cerita la maid dia memang rajin buat kuih muih ni. Nak tambah duit poket. Dia dengan Dato la tolong promote dan jualkan. Saya dah try, memang sedap rempeyek tu : :


: : Barisan peserta. Yang datang dari Penang pun ada : :


: : Sebelum balik pihak penganjur suruh ambik pengat pisang ni kat restoran bawah. TQ Kak Wan tolong tapau kan : :

    4 thoughts on “WASIM bersama Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah & Fahrin Ahmad

    1. Masy

      homaigudnes begitu nyaris skali jodoh hakak dan fahrin. sobsobsob mengapakah bukan dakuuuuu mengapaaaaaaaa

      tapi takpelah. wife dia pun perempuan hebat, manakan same dgn diriku yg di pinggir kali ini huhu

    2. diyanadi

      Kak Maya ada sejarah ngan Fahrin????? fuiyooooo…ala Kak kalau tanya dia balik pun xpe kot rasanya mmg korang gelak jelah nnti teringat cerita lama..
      Suka tgk diaorg loving couple

    3. pa'e faizah

      alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…kenapa tak cakap kat dia..
      mesti dia ingat la…
      adoiii akak aku ni..
      aarrgghhhhhhh!! *stress sambil tarik tudung*