Blog Maya Dot Com

Theri & AADC2

Bila filem Theri up je kat panggung, haruslah tanpa berlengah lagi saya ajak Encik Z terjah.
Lama dah tak jumpa boyfriend saya, Vijay tu.
Rinduuu.. terlalu rinduuu…
Tak padan ostajah, nak rindu kat laki orang kannn pangg sedass hiks.
Gi nonton di Midvalley sana.


: : Bergambar kat poster pun bolehhh : :

Suka sangat kali ni sebab 2 heroine yang saya suka pun ada jugak.
Samantha & Amy Jackson. Dua dua pun alahaii cantik nau nau.
Kali ni Vijay bawak 2 watak. Tapi dua dua pun watak baik.
Seorang polis yang terpaksa menyembunyikan diri dari penjahat setelah isterinya dibunuh.
Dia kena sembunyi sebab khuatirkan keselamatan anak perempuannya.
Watak budak perempuan dalam filem ni pun lahai comel sangat.

Filem ni shooting kat Chennai & Kerala.
Aduhhh macam memanggil manggil je la ha suruh saya pegi sana.
Tapi tanya kawan kawan semua pun takmau pegi India.
Korang ni kan.. Tak adventerous tauuuu.
Tunggu la nanti saya sampai sana, saya ciwi gambaq banyak banyak kat hampa na.

Nak suruh korang tengok pun sah sah cerita ni bulan April hari tu hehe.
Tunggu la nanti tayang kat TV ke Deepavali nanti.
Walau begitu, saya tetap rasa Thalaivaa masih di tangga teratas hatiku ini.
Nah layan trailer.

Di hari lain pula, layan Ada Apa Dengan Cinta 2?
Memula Encik Z malas nak layan saya tapi tetap la ku heret ia juga.
Dia tu filem yang pertama pun dia tak nonton betul betul ha.
Tapi takpe, saya kan ada nak bagi informasi hehe.

: : Taktau pulak sekarang dah boleh beli ceni kat TGV. Nampak nau lama gila kot tak gi nonton kat TGV. Ni kat TGV KLCC. Gi sini sebab sekalian nak pegi HomeDec : :

Basically AADC2 ni nak tunjuk pengakhiran kisah cinta Rangga & Cinta.
Yang first dulu kan tunjuk Rangga & Cinta berpisah kat airport sebab Rangga terpaksa pindah ke New York.
Lepas tu depa ada berhubung dan bercinta lagi, Cinta pun siap bercuti ke New York dengan family ia.

Tapi somehow dipertengahan percintaan, Rangga putuskan hubungan sebab atas alasan kuliah dia dah drop.
Macam ada kesukaran dalam hidup lepas Ayah dia meninggal dunia.
Kira Cinta ditinggalkan dalam kekeliruan dan kesamaran gitu lah.

Ending? Haruslah happy ending.
Cinta mereka kembali bertautan dan bumi New York menjadi saksi.

Dan seharusnya persahabatan antara Cinta, Maura, Karmen & Milly ditonjolkan jugak dalam AADC2 ni.
Suka tengok diorang pegi bercuti sama sama ke Jogja tu.
Rasa bangga jugak sebab saya dah pernah sampai kan hehe.

Siapa pembaca tegar blog saya tentu ingat entry saya bercuti ke Jogja yang saya pegi Punthuk Setumbu tu.
Memang lawa atas tu. Korang kalau ada kesempatan ke Jogja sila lah pergi ya.
Cuma rasa ralat sebab tak sempat ke Istana Ratu Boko.
Ada rezeki kalau pegi lagi, wajib pergi nih.

OK jugaklah AADC2 ni. Mengimbau kenangan zaman remaja muda muda dulu.
Saya ingat lagi, masa pelancaran promosi filem AADC yang first dulu, semua pelakon pelakon ni datang kat TGV, KLCC.
Sempat la saya pegi dan jenguk jenguk.
Memang hensem Nicholas Saputra dan lawa Dian Sastrowordoyo tu.

Lagu lagu soundtrack AADC yang first tu semua saya hafal.
Semua pun best.
Kesimpulannya, cinta pertama sukar dilupakan #okbai

Nah layan trailer dan lagu Ratusan Purnama.

    2 thoughts on “Theri & AADC2