Blog Maya Dot Com

Iftar Farewell For Ayu at Pae’s Crib

Encik Z berbulu sungguh saya guna perkataan Iftar tu hahah.
Tapi yang sebenarnya saya pun tak gemar beriftar iftar bagai ni.
Buka puasa sudah. Kita kan orang Melayuuuu.
Tapi siapa yang nak guna Iftar tu suka hati kome la.
Tu tajuk saya letak Iftar sebab tu nama grup kat whatsapp yang si Pae create.
Pae, mohon jangan sentap. Hiks.

2,3 kali jugak la bertangguh tangguh nak buka puasa dengan depa 2 ni.
Akhirnya set hari Ahad, 19 Jun.
Konsepnya ialah potluck. Makanya masaklah sorang sikit.
Oh yer, tempat kejadian di rumah Pae di Putrajaya sana.


: : Saya buat sup daging, cili kicap dengan buah melaka. Tapi buah melaka tu ntah hapa hapa ntah jadinya. Dah la bentuk muka bumi tungggang terbalik hahaha. Dah lama laaa tak buat. Harap maafkan hamba yang hina ini : :


: : Otw tu si Pae whatsapp gambar ni. Dia tanya ni peria katak kan? Ada sesiapa makan tak? Haruslah saya ni apa pun makan. Sila lah hidang : :


: : Tudia meriah ke idok? : :

Lepas belek gambar atas ni baru perasan ada satu lauk lagi takde dalam gambar. Cisss.
Ajak masak ayam goreng berlada yang takde dalam gambar huhu dengan sambal sotong.
Rasanya masa saya snap gambar ni Pae tengah panaskan ayam tu kot?
Pae masak ikan sambal, agar agar, sambal belacan, kobis masak lemak dengan ikan goreng.

Peria katak tu punyalah pahit adoiyaiii haha.
Tapi orang kata pahit tu ubat kan kan kan.
Pahit pahit pun bila cecah sambal belacan tu dap dap..
Sambal belacan tu Koko buat, tapi malangnya Koko ada hal lain kena iftar kat luar.


: : Rania & Ammara : :


: : Kena marah dengan Ayu sebab saya kata saya tak penah makan badak berendam ni sob sob. Lepas try saya suka sebabnya ada kelapa dengan gula merah. Saya kan suka je kuih muih yang ada kelapa dengan gula merah ni. Dap dap. Ni Ayu yang bawak ni : :


: : Bila orang Utara bertemu. Habis semua loghat slang keluaq bakhang. Saya orang Perak, Pae orang Kedah, Ayu orang Perlis. Bersatu meletup. Orang Pahang dengan Selangor sila duduk kat tepi k hehe : :


: : Pae yang dari dulu sampai la ni kulitnya flawlesssss je haaaa. Nyampah : :


: : Patutnya ada lagi sorang iaitu Ernie Zuraida. Apakan daya beliau jauh di sana. Ayu kata, ni kalau Ernie ada ni, mesti dia dah masak kari kan. Ernie, kami merindui kamuuu. Paha saya gemuk tu bukan apa tau, dalam tu saya pakai jeans #matikladefensif  : :


: : Rania yang awal awal malu tapi lepas tu dah ok dah. Ammara pulak ramah tamah dari awal sampai akhir. Depa sebaya. Satu nursery : :

Seperti tajuk entry ini, Iftar Farewell, ni kira ala ala farewell untuk Ayu.
Beliau akan posting nun jauhhhhhhh di sinun. Yang nak sampai sana mengambil masa paling cepat 21 jam.
Paling lambat 1 hari 18 jam. Nangisssss…
Kenapa kau menangis di sini?? Pergi kau menangis di tepi kapalterbang sana.

Tapi saya dengan Pae kemain dah ha berangan angan nak pegi.
Walaupunnnnn..
Tapi takpe, berangan itu percuma.
Yang penting perlu ada cita cita dan impian gituuu.

Selamat jalan Ayu, Ajak & Rania.
Selamat menempuhi kehidupan baru di tempat orang.
Main salji tu ingat ingatlah kami di sini.
Gonna miss you!!

    3 thoughts on “Iftar Farewell For Ayu at Pae’s Crib

    1. Ibu

      Peha besor tu, kalo tak sebut, kita tak tengok pun. Dah sebut, mata terus fokus…hahaha. Rasa2 cam boleh agak je kawan awak tu ke mana. Syiokkk arr. Ada rezeki ke sana boleh la awok tumpang tido…hihihi

    2. pa'e faizah

      sorry uols..i tak pandai sgt masak. apa yg ada je peti ais je. thanks sebab sudi mai lepak rumah i yg tak seberapa ni. ntah bila dapat berkumpul mcm ni lagi..sob sob

      perkataan iftar tu terjadi sbb nak create group tu kena nama ringkas & padat. baru mantop..hahahhaa..sblm ni mmg tak pernahnya iftar2 segala ni..

      Ammara tu ramah mengikut maknya la. degil, garang..semua pun sama mengikut mama jugak..LOLz