Gulai vs Kari

Lepas nonton filem Theri tu saya ajak Encik Z gi makan.
Taktau nak makan kat mana, last last kaki melangkah masuk dalam Restoran Rasa Utara.
Saya pernah makan kat sini rasa baru 2,3 kali kot.
Tu pun yang kat Berjaya Times Square sana.

Belek belek menu, lalu orderlah seperti dibawah.
Nasi putih, Gulai Ikan Kuala Kedah, Terung Sambal, Calamansi Asam Boi dan Cendol Utara.

Pastu KakTin komen seperti dibawah.
Dan saya pun menjawabnya seperti dibawah hehe.
Memang keras kejung ikan tu.
Masa nak bayar saya  bagitau la cashier tu.
Katanya memang keras sebab ikan tu digoreng dulu.
Kok yer pun kan. Takkan la sampai keras serupa kayu.

Setiba tiba Rai masuk mengomen dengan perasaan marah sebab orang dah memperkotak katikkan Gulai Kuala Kedah.

Kemarahan Rai dan KakTin bertambah tambah bila saya letak gambar yang saya makan tu kat komen.
Pastu Dee masuk tanya pasai Cendol.
Cendol pun tak sedap!

Rai sambung lagi kata tu gulai lemak.
Gulai Kuala Kedah warna merah dan pecah minyak.
Dan seterusnya bacalah kat komen bawah ni, malas nak taip dah haha.


Ni saya jumpa kat Facebook Restoran Rasa Utara.
Hmm.. ni kalau Siakap Keli dengan Pen Merah Dot Com tau, mau kena viral ni. Hiks.

Kesimpulannya, di tekak saya, gulai & cendol itu tak menetapi citarasa saya.
Terung sambal tu pulak biasa biasa aje. Saya pun boleh buat hehe.

Sekian terima kasih.

4 thoughts on “Gulai vs Kari

  1. dua restoran yg sy banned yg kononnya membawa rasa masakan belah utara adalah Restoran Rasa Utara & Ani Sup Utara. mereka2 ni membuatkan org utaqa geram & marah. semua ulasan di atas pasal Restoran Rasa Utara tu saya setuju. kalau Ani Sup Utara pulak..hoii org utaqa makan bihun sup dengan bihun kaler kuning & sambal merah la..bukan kicap cili!!! jangan la guna jenama Utara tu kalau menunya tak seumpama sepatutnya!

    • haa yang bihun sup ani sup utara tu betul betul betul.
      kita makan bihun kuning sambal merah kan?
      haihhh depa ni kalau nak bisnes boleh, tapi buat la dengan serius.
      kaji betul2. ni sesuka hati ja huhu

Comments are closed.