Garage 51


: : Attend wedding anak Kak FK & Cik Omar kat Sungai Buloh : :

Habis wedding pegi Subang Jaya sebab nak COD duck scarves.
Tetiba terjebak dengan duck scarves. Crazy betoi.

Alang alang dah sampai area sana, ajak Encik Z pegi mengopi kat Garage 51.
Tau tentang Garage 51 ni dari blog Kathy.
Garage 51 ni kat area bengkel banyak banyak di Bandar Sunway.
Bebetul berdepan Sunway University.


Sampai sampai kat dalam full.
So takpelah, ingat nak duduk kat luar je.
Elok duduk tak sampai 2 minit, ada kosong kat dalam.
So cecepat la masuk.


: : Menu brunch. Takde gambar ni yang masalah negara sikit ni : :


: : Nampak menu ni masa kat luar, tapi bila nak order The Pakcik tu katanya tak de huhu : :


: : Yang ada ni je ha : :


: :  Boleh tahan murah jugak Set Lunch ni. Tapi weekdays je lah : :


: : Encik Z order ni. The Father. Chocolate with Peanut Butter. Saya sudu sikit sikit. Tak berapa kena di tekak sebab saya tak minat peanut butter : :


: : Sudahnya saya ambik Iced Lemon Tea je. Tau kalau order 2 air macam Encik Z tu mesti tak habis nya. tapi ILT sini masam bebenau lah : :

: : Minum petang tapi order Awesome Garage Breakfast hehe. Portion besar. Dan sedap jua : :

Garage 51,
51, Jalan PJS 11/9,
Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia