Blog Maya Dot Com

Dejavu Grammar


: : Saya dipaksa rela attend kursus English Grammar : Back to Basic : :

Obvious lah kan dah tajuknya pun camtu.
Belajar basic English.
Cikgu yang mengajar panggil Dejavu Grammar.
Sebab katanya kitorang semua dah biasa dengar cuma confident tak confident je nak tulis dan bercakap.

Sebelum bermula kena kenalkan diri dulu.
Tapi kena letak adjective kat depan nama, yang menggambarkan diri kita.
Lalu saya letaklah Modest Maya.
Maya yang sederhana. Gituuuuu.

Lepas tu kena pilih satu jenis buah yang pun menggambarkan diri kita.
Setiba tiba saya pilih buah nenas aka pineapple.
Cikgu tanya kenapa. Konon saya ni berduri di luar, nampak susah nak approach.
Tapi bila dah kenal, Dia Semanis Honey. Eh semanis nanas.
Kononnnn. Walhal kenal ke tak kenal ke, sama je suka menaga hahaha.

Macam biasalah course ceni ada presentation dan soal jawab bagai kan.
Cuma yang nervous nya sebab style Cikgu ni kan, semua kena berdiri dulu.
Nanti dia bagi la soalan suruh bagi contoh apa adjective, apa noun, apa proverbs.
Siap kena bagi contoh ayat bagai.
Menggelupur la kan bila sorang sorang dapat jawab dan duduk tapi kita kena berdiri.
Suka tau Cikgu ni buat I debar debar. Tak sukeeee.


: : Ni ahli semeja saya. Abang Mohd Noor, Abang Zam, Safwan & Ita. Boleh tahan merepek la semua ni : :

Dalam kelas tak boleh cakap Melayu tau.
So korang ghase bila sesama Melayu nak feeling cakap Bahasa Inggeris, memang merepek ke laut je laaa.
Bila Cikgu dengar kitorang cakap Melayu je kena marah semua tahu.


: : Masa ni Abang Zam hilang pi mana ntah. Tengah ejas suara kot. Maklum ler penyanyi : :


: : Siap ada kerja sekolah tau. Tu Cikgu tengah cek kerja sekolah Abang Mohd Noor : :


: : Gitu nota kakak ostajah : :

Sebenarnya ni semua tahap tahap darjah 5, darjah 6 punya syllabus kan?
Saya ingat dulu ada belajar past tense, present tense semua ni masa kat Sekolah Kebangsaan (P) Bandar Tinggi, Johor Bahru.
Tapi tu la, tak fokus kan. Belajar pun memain.
Tengok sekarang, English ke laut dalam.
Kalau dulu belajar pandai pandai mesti berhabuk speaking.

Yasmin, belajar English pandai pandai tau.
Senang esok awak nak menghadapi dunia yang pancaroba yang amat mementingkan Bahasa Inggeris.
Jangan jadi macam Mommy. Sob sob..

    4 thoughts on “Dejavu Grammar

      1. Mya Post author

        samalah saya penah gak join kelas bahasa inggeris yang ajar nya mat salleh.
        tapi sama jugak ke laut dalam BI saya hehe