Ceramah di MOF Putrajaya

28 April 2016 saya ke Putrajaya.
Saya menghadiri Program Ceramah Bersempena Hari Ibu “Syurga di Bawah telapak Kaki Ibu” Anjuran Puspanita Kementerian Kewangan.
Pergi bertiga je dengan Kak Aida & Zura.

Drive dari KL berdua dengan Zura.
Ambik Kak Aida kat tol Kajang sana.
Dah lama kot saya tak drive jauh ceni.
Nervous pulak kejap hehe.
Tapi dengan bantuan Waze, sap sap soi sampai ha.

Berpeluh peluh cari parking kat sini.
Last last parking kat SPR. Tah boleh ke tidak parking tah, kitorang belasah je.
Menapak pegi main building MOF. Berpeluh peluh.
Sampai dah register apa semua, pegi makan dulu.


: : Semenjak 2 menjak ni suka betul saya makan ayam guring macam Arrian anak Tomok hehe : :


: : Bukan senang nak sampai sini, so wajib ler bergambo. Pandai Zura snap kan. Nampak iolls lebih kurus dari biasa : :


: : Kak Aida dan Zura. Zura ni comel betul. Suka saya tengok muka dia. Dah la comel, baik pulak tu. Bila bercakap bergossip ke apa kan, lembut je haaa suaranya. Lepas tu dia suka gelak. Eh pendek kata memang wanita idaman lelaki lah. Tapi awasss ya kenot mengorat. Ia sudah menikah dan punya 4 orang anak lelaki : :

Yang buat saya nak sangat datang ni sebab Ustaz kegemaran saya yang bagi ceramah.
Ustaz Harryanto Rizal Rokman.
Memang favourite sangat sangat sangat ustaz ni hehe.
Tiap tiap petang saya bukak TV Al Hijrah layan program Cinta Ilmu.


: : Ketibaan Ustaz Harryanto : :

‘Yer kak.. apa yang muka heran sangat tu?’
‘Saya lah Ustaz Harryanto yang dalam TV tu, iyer saya’
‘Tapi nama saya Harryanto Rizal bin Rokman. Bukan Harryanto bin Rizal Rokman’
‘Ke sebab tu muka akak nampak heran baca kat slide tu? Salah tu, tapi takpelah’

Lepas Ustaz cakap camtu je tetengok eh tik tik tik ada orang tengah edit slide tu.
Comel sangat masing masing ni hehe.

Seperti biasalah, ceramah Ustaz Harryanto ni penuh pengisian.
Di samping pengisian ada selit lawak jenaka, tak sempat nak rasa bosan pun.
Lagi satu saya suka sebab ceramah Ustaz Harryanto ni sesuai untuk orang macam saya.
Yang sederhana dan baru merangkak rangkak nak mendalami ilmu agama.
Jadi tak rasa stress dan tak rasa down bila input yang dia bagi semua yang asas asas.

Ada satu yang dia tegur tentang kes orang kata bila perempuan berkahwin, mak mertua lebih penting dari mak sendiri.
Itu adalah salah katanya. Mak kita tetap mak kita.
Hubungan kita dengan mak mertua adalah ihsan.
Jangan pandai pandai nak cakap benda yang kita sendiri pun tak pasti.
Gitulah.

Lagi satu yang ada anak lelaki, esok esok terima menantu perempuan, jangan la berlebih lebih.
Bila anak lelaki kita dah berkahwin, tanggungjawab dia pada keluarga lebih utama.
Kita jangan masuk campur.
Saya takde anak lelaki so tak applicable kat saya.
Tapi yang paling terkesan bila Ustaz Harryanto cakap, berdoa dan berharaplah dapat suami yang berilmu dan beragama.
Kalau dia beragama dia akan tau macam mana nak seimbangkan antara isteri dan mak sendiri.

Yasmin, nanti cari suami yang beragama dan berilmu ya.
Kena bagitau dia awak anak tunggal.
Kalau kata Ayah pegi dulu, Mommy tinggal sorang. Kesian Mommy.
Jadi balik la selalu jenguk Mommy ek.
Tetiba emosi kan saya ni huhu…

Habis ceramah dalam pukul 1 tengah hari camtu, terus ajak Zura dengan Kak Aida pegi makan kat Ayer 8, Putrajaya.
Ni kali ke dua saya datang sini.
Makan kat Serabei.


: : Menu : :


: : Kuih Serabei : :


: : Ice Lemon Tea : :

Saya mintak Mee Rebus Tulang.
Zura mintak Bihun Sup.
Tapi tetiba yang datang macam kat bawah ni ha.
Kitorang pun cakap la ni bukan Mee Rebus dik.
Ni Mee Sup Tulang.
Katanya, Mee Rebus dengan Mee Sup sama je kak.

Eh eh boleh pulak camtu?
Saya dah terbayang bayang Mee Rebus kuah merah tu dah.
Ni satu penganiayaan kepada Mee Rebus tau nggak.
Tapi malas lah  nak panjang panjangkan, ngapp je la.

Sib baik sedap.


: : Mintak cili kicap/potong, dapat yang ni. Selalu orang bagi cili padi hijau kan? Ni cili padi merah. Hmmm : :

Lepas makan teruslah bergerak pulang ke office.
Tah jalan mana Waze bawak, terpaksa lalu depan Bukit Bintang haaa.
Lama betul saya tak drive sendiri lalu kat area sini.
Makna skill pemanduan saya masih hebat lah boleh cilok celah sana sini hehe.

4 thoughts on “Ceramah di MOF Putrajaya

  1. stail org trgnu kak..kalau sebut mee rebus, yg datangnya sama mcm mee sup. dulu masa pindah trgnu..selalu tertipu. berharap sgt bila order mee rebus, yg datang mee kuah merah mcm biasa2 sy makan..tapi nan adorr

Comments are closed.