Blog Maya Dot Com

Buka Puasa Sana Sini

Hari Jumaat lepas, 24 Jun saya berbuka kat Lanai Kijang.
Konon hari gaji la kan, nak mewah sikit katanyaaa hehe.
Buffet Ramadhan RM45 per pax. Ada kambing golek/bakar.
So itulah yang dituju dulu.

: : Kambing! : :

: : Pakai tudung putih tu feeling feeling Vivy Yusof ke cemana tu : :

: : Meriah dan berbaloi la sebab food pun banyak, pelbagai dan sedap : :

: : Boleh kata full house jugak la. Buffet ni buat hari Jumaat je : :

Sabtu esoknya keluar awal pagi sebab ada urusan kat Kota Damansara.
Alang alang dah sampai area situ, teruslah singgah kedai Kak Maneh.
Nak beli kasut raya. Sebelum tu memang dah cuci mata kat instagram FRKL dah.
So sekejapan belek, mintak saiz dan terus bayar.

: : Elok masa nak bayar tengok Kak Maneh masuk. Apa lagi, Kak Maneh jom selfieeeee hehe : :

Dari Kota Damansara terus ke Puchong sebab ada urusan lagi.
Saya sebenarnya masa ni dah lewat datang bulan sehari.
Tak pernah ok lewat. Hari yang sama pun tak pernah.
Selalu pun mesti awal 3,4 hari. Awal 5 hari pun pernah.
Ni bila lewat macam berdebar lah. Pregnant kah aku? Gitu..
Tapi baru sehari lewat kan, so takyah kecoh sangat plissss.

Elok stop kat Petronas nak solat Asar, sekali tengok, sekiannn…
Encik Z kata pegi la masuk dalam kedai beli air ke roti ke.
Beli la air mineral sebotol dengan roti 2 keping lalu dingap ngap.


: : Malam tu berbuka kat Megi Ketam Bistro. Takde la berbuka sangat pun. Sebabnya pukul 8.15 malam baru keluar dari rumah. Tau pasal tempat ni sebab Emy ada tulis kat instagram ia : :


: : Buku Menu. Tu alamat kedai ni ada kat bawah tu : :

: : Encik Z ambik yang A. Saya ambik yang C. Sama je pun cuma beza keberatan ketam tu je lah : :

: : Green Tea saya punya. Iced White Coffee Encik Z punya : :

: : Megi Ketam Laut : :

: : Jemput makan : :


: : Total bil. Ngam ngam RM60. Predict? Hmm biasa biasa je kot di tekak saya. Ketam tu isinya kurang manis dan kurang fresh. Tu di tekak saya la. Di tekak korang saya tak tau. So pergilah sendiri cuba ya : :

Esoknya Ahad, pun keluar jugak lagi.
Ke Ampang pulak untuk another urusan.
Kemudian ke IKEA nak survey barang barang rumah.
Lepas tu berbuka kat Nasi Ayam Chee Meng Bukit Bintang.

: : Ayam makin lama makin sikit pulak saya tengok ha : :

Lepas tu gi tapau Frap Caramel Starbucks.
Dah 2, 3 hari teringin haa. Rela tak order air kat Nasi Ayam tu sebab nak minum ice blended punya pasal.

Dari Bukit Bintang, singgah Bangsar pulak.
Barulah konon nak shopping raya sikit.
Saya pegi Shara Islamic Fashion World.
Alah yang tokeynya Shamsul Yusof dengan wifenya yang lawa Puteri Sarah Liyana tu.
Dapatlah sehelai blouse, sehelai palazzo. Bolehla dari takde.

    2 thoughts on “Buka Puasa Sana Sini

    1. diyanadi

      Hari akak berbuka kat nasi ayam tu kita ada kat area situ gak..ayam dia dah sikit sekarang pastu air mahal! seb baik la cilinya sedap n pedas

    2. pa'e faizah

      haii lahh..baru nak feeling2 nervous…aduhhh
      bila la akak nak belanja kami lagi kat lanai tu..cozy place