BNGKL Cafe

Ada sehari tu saya keluar lunch dengan Yana, Abang Mohd Noor & Emli.
Diorang ajak makan kat BNGKL Cafe.
Ni Emli punya idea lah ni. Katanya tempat ni dah viral.
Macam biasa menumpang kasih naik kereta Abang Mohd Noor.

BNGKL Cafe ni letaknya di Sungai Penchala.
Kalau korang biasa pegi RASTA, haa BNGKL Cafe ni seberang jalan je dari RASTA.
BNGKL ni rasanya memang sebutannya ialah bengkel.
Sebabnya belakang belakang kedai makan ni semua pun bengkel!
Bengkel Perodua pun ada!

Tempatnya kecik je, tapi ada indoor dengan outdoor.
Kitorang makan kat outdoor sebab indoor dah penuh.
Tapi fuhhhh panasnya I tell you.
Walaupun ada kipas besar tepi tu tapi tetap lah panas jugak.

Style makan kat sini ialah self service.
Q pilih nak makan apa, terus order air dan terus bayar.
Lepas tu teruslah duduk ngap ngap makanan.
Masa kitorang sampai tu tak ramai orang lagi, tapi bila dah duduk tu haa ambik kau berduyuuunnnn tiba bak kata Juliana Banos.


: : Tu menu nya. Nampak ke idok saya zoom tu? : :


: : Meleleh air liur tengok sambal belacan ni haa : :


: : Nasi dibungkus cenggini : :


: : Saya pilih Nasi BNGKL Grilled Beef : :


: : Portion banyak tapi boleh Emli kata macam tak cukup je nasi ni. Orang lelaki ni memang kuat makan ek. Saya half pun tak habis nasi tu : :


: : Air sirap tu diberi percuma boleh ulang ambik sebanyak lapanploh kali : :


Selain dari air sirap yang diberi percuma, ada juga Air Kelapa Locong & Iced Locong.
Tapi jangan tanya saya apakah maksud Locong itu.
Saya tidak tahu ya.
Saya nak order Air Kelapa Locong tu tapi dah habis, so order je lah Iced Locong.
Rasa dia macam Red Ruby pencuci mulut Thailand tu. Sedap gak la.

Untuk pencuci mulut ada dijual Colek Buah & Pulut Mangga.
Tapi ni diorang sub dari tempat lain sebab ada sticker peniaga lain.
Emli nak beli Colek Buah tapi dah habis pulak.
Saya beli Pulut Mangga ni tapi hmmm tak kena kat tekak saya kot?
Kuah santan dia macam cair.


Macam ni je entrance dia. Simple tak nampak signboard pun.
Masa saya snap gambar ni boleh Abang Mohd Noor tak perasan, dia dah nak reverse kereta?
Saboooo je la.
Kalau you langgar I, awassss I saman u.
Matikla dah la tumpang kereta orang, lagi mau saman orang tu lol.

Nah ni menu dengan list harga saya ambil dari SINI
Boleh la kalau korang nak tukar tukar selera mencuba k?

bngkl