Blog Maya Dot Com

Aroma Thai with Siblings

Jumaat lepas 17 Jun, saya berbuka puasa dekat Restoran Aroma Thai, Seri Kembangan dengan adik beradik ku.
Abang Long la suggest restoran ni. Restoran baru katanya.
Food semua sedap. So let’s lah.


: : Antara yang diorder. Udang goreng tepung dengan kailan ikan masin takde dalam gambar. Tak sempat nak snap : :


: : Caca sorang makan kembung 3 rasa ni. Favourite dia. Sama macam Yaya jugak : :

Memang sedap food kat sini.
Tu tengok licin semua makan ha.
Recommended!
Saya google try cari alamat tapi takde, gamak sebab restoran baru la kot.
Tapi landmark sebelah Giant Equine tu.
Restoran ni mengadap jalan besar.
So kalau kata datang dari arah Equine nak ke Putrajaya, memang nampak sebelah kiri.


: : Kalau rajin cer zoom gambar Aisya kat belakang tu. Kemain renyihnyaaa ha. Tapi kalau tengah amukan, astaghfirullah.. memang urut dada. Bak kata Opah, comel memang comel, tapi kalau mengamuk, 1 cent no use. Haha : :


: : Ni dah macam apa renyih nya haa. Picit hidung kanggg : :

Selesai berbuka gi rumah Kaklong lepak lepak borak borak.
Sesambil nak pas kan barang barang yang saya beli masa bercuti dulu.
Sedang elok cantik sweater ni kat budak budak.
Memang saya beli besar sikit biar boleh pakai lama kan.
10AUD je. Dalam RM30 selai. Murah la kot kan.
Saya beli 8 helai! Hehe..

Seluar katok ni pulak beli kat Lombok.
Pun saja saya beli longgar longgar so boleh tahan lama.
Seluar ni dalam RM9.50 sehelai, kualiti tebal.

: : Tengah mood baik la tuuu : :

Layan main bunga api dengan mercun pop pop.
Tetengah main, Bulat sampai, drop kan Mia & Kasyah.
Meriah la 5 orang budak kat rumah kan.
Kekejap ‘Mommy mommy baling pop pop ni’ ‘Mommy mommy lilin dah padam’ ‘Mommy mommy tengok ni bunga api kat pokok’
‘Mommy mommy sini ada lipas!’
Adoiyai.. Boleh kurus Mommy macam ni tau nggak.

    2 thoughts on “Aroma Thai with Siblings