2 Minggu Pertama Ramadhan 

Diam tak diam, dah 15 hari kita berpuasa kan.
Saya tak berkesempatan lagi nak sembang sembang Ramadhan kat sini.
Tapi Ramadhan saya biasa biasa aje.
Very simple dan minimal.

Berbuka macam biasa, kalau hari kerja, beli kat cafe office je.
Masih mengamalkan konsep beli sendiri sendiri.
Apa saya teringin nak makan, saya beli.
Apa yang Encik Z nak makan, dia beli sendiri.
Pastu whatsapp je lah each other inform.

Saya suka dengan konsep blogger Neena Anuar, hashtag hanya 1 juadah berbuka puasa.
Sebab saya pun macam tu.
Dah pengalaman dulu dulu, kalau beli banyak lauk memang takkan habis punya.
So marilah berjimat.

Saya akan tapau nasi penuh waktu berbuka.
Half makan waktu berbuka, half simpan untuk sahur.
Alhamdulillah cukup dan kenyang.

Untuk sahur biasanya makan kering kering je.
Dengan ikan bilis, sambal hitam, ikan masin atau telur dadar.

Weekend je baru saya masak.
Nah inilah hasil masakan saya setelah lama tak bersilat di dapur.

Tom yam daging.
Pes tomyam tu saya beli kat Tanjung Dawai masa bercuti ke Sungai Petani awal bulan hari tu.
Tom yam tu memang kosong.
Sebabnya saya dengan Encik Z memang tak berapa gemar carrot dan tomato.
Campak hirisan bawang besar dengan serai je cukup cukup sudah.
Cili merah untuk hiasan pun takde.

Lebihan daging yang dibeli, untuk sahur saya buat Daging Goreng Kunyit.
Pun sama takde sayur ke apa.
Campak hirisan bawang besar, campak cili padi.
Sedap dan kenyang jugak.

Ahad esoknya masak Singgang Ikan Kembung.
Encik Z suka bendi, so campak lah bendi jugak.
Hirisan bawang besar jangan dilupa.

Sahurnya pulak lebihan nasi buat Nasi Goreng je.
Tumis bawang kecik dengan bawang putih.
Campak perasa nasi goreng cina. Pecah telur.
Potong cili padi. Siap!
Semua orang pun tau buat kot?

Bazar Ramadhan ada pegi sekali je sebab teringin buah melaka.
Encik Z beli sambal udang kosong RM3. Keciknya portion!
Memang harga sekarang macam ni yerh?
Nanti weekend nak buat sambal udang lah.
Kesian suami saya teringin kot?

Berbuka kat luar baru 2 kali.
Sekali dengan adik beradik ku.
Sekali dengan Pae & Ayu.
Ni nanti macam biasa entry lain k.

Selebihnya macam biasa je lah Ramadhan saya ni.
Muhasabah diri supaya jadi insan yang lebih baik.
Harap Ramadhan korang pun baik baik aja ya.
Jumpa lagi nanti untuk entry Hujung Ramadhan hehe.

2 thoughts on “2 Minggu Pertama Ramadhan 

Comments are closed.