Blog Maya Dot Com

Sepetang Bersama Blogger 2016 #SBB2016

Dapat tau tentang Sepetang Bersama Blogger 2016 #SBB2016 ni dari Kid.
Saya friend dengan ia kat Facebook.
Nampak news naik. Terus cam eh nak ajak Masy pegi lah.
Roger roger Masy. Dia ok, so terus lah register.

Tapi niat utama kitorang ni sebab nak menang lucky draw.
Bukan sebab nak bernetworking sangat. Buruk perangai kan hehe.
Tahun 2014 dulu saya pegi heyy saya menang iPhone 5c tau.
Masy pulak menang telekung.
So konon harapan dapat la menang lagi tahun ni.
Malangnya….. tak menang pun…. sob sob…

Kali ni buat kat Dewan Campbell kat Campbell Complex.
Memang senang sangatlah nak carinya sebab saya pun biasa area ni.
Aterrr office kat area sini jugak kan.
Register dan dapat la doorgift.


: : Kandungan doorgift : :


: : Ephyra pun salah satu sponsor untuk #SBB2016 : :


: : Buku dari Azizan Osman : :


: : Dapat tshirt. Saya request saiz M. Tetiba dapat saiz XXL. Penghinaan sangat nih. Takpelah, pakai tdooo je laaa. Malas nak mintak tukar : :


: : Kitorang duduk dan buat hal sendiri je. We all is pemalu : :

Ada photo booth. Makanya bergambar lah kita.
Terima kasih KotakLensa!


: : Kemunculan Upin Upin : :


: : Tetiba ada pulak menyelit kat tengah tengah. Saboo je la : :


: : Lunch. Sedapnya kokak leher ayam tu! : :


: : Orang sibuk bergambar kat depan, kitorang sibuk bergambar kat belakang. Maafkan kami yang pemalu ini : :

Norman Hakim & Memey pun ada.
Diorang promote kan Ephyra. Maklum ler depa kan duta Ephyra.
Masa #SBB2014 dulu pun depa ada gak. Ada saya bergambar dengan Memey tapi gambar tu gegau.
Kali ni bergambar lah lagi kan tapi kelihatan saya buncit gemuk sangat macam pregnant 9 bulan.
Salahkan photographer! Walaupun sendiri yang gemuk tapi tetap nak tuding jari kat orang lain.
Dasar sangat ni.

Lawa betul Memey ni. Kulit halus licin je. Badan pun kurus tinggi.
Dah la lawa, wangi pula itu.
Dah la wangi, lemah lembut sopan santun je ha bercakap.

Ephyra buat promosi 50% dari harga asal.
Murah betul tu. Masa #SBB2014 dulu promosi harga RM120.
Ni 50% lagi banyak la kan kurangnya.
Nak jugak saya pergi tanya kat Memey, akak dah 3 kotak minum Ephyra ni dik.
Kenapa la muka gini jugak romannya?

Yer betul korang, saya consume Ephyra 3 kotak dah dalam masa 3 bulan.
Air masak bergelen minum dah.
Tapi don’t get me wrong¬† ya. Saya tak blame Ephyra pun.
Barangkali badan saya yang tak sesuai dengan Ephyra.
Ataupun mungkin kulit muka saya ni tebal dah tak lut dengan apa produk apa.
Terima je lah apa adanya dengan diri sendiri.


: : Adiputra datang bagi perkongsian tentang bisnes. I tak minat Adiputra so sokayyy pandang di angin lalu je : :


: : Minum petang : :

Biasalah program #SBB ni ada perkongsian tips tentang dunia blog.
Kali ni more fokus untuk macam mana nak buat duit dari blog.

Tapi itulah, saya tetap merasakan yang tulis blog ni kena jadi diri sendiri.
Tak boleh dipaksa paksa, tak boleh terikut ikut dengan orang dan tak boleh kerana duit.
Menulis ni kena lahir dari hati secara semulajadi.

Saya perasan sekarang dunia blog macam dah sunyi dan tak meriah macam dulu lah.
Ramai kawan kawan saya yang dulu pernah tulis blog, semua dah senyap sunyi sekarang.
Kalau ada yang update pun, jarang jarang sangat dah.
Faktor masa dan usia barangkali.

Saya ni pun sebenarnya dah rasa rasa macam nak berhenti blogging.
Kalau kata tak berhenti pun mungkin saya akan slow down kot.
Entahlah… sesungguhnya masa merubah segalanya….
Tetiba meratapi diri kannnn.. Hiks.

    4 thoughts on “Sepetang Bersama Blogger 2016 #SBB2016

    1. shaizhar

      Tak tau pulak pasal event ni? erm…. apa pun saya masih aktif blogging dengan tema terkini ‘berblog untuk menyimpan memori kehidupan’

      1. Mya Post author

        ada je banyak diwarwarkan pasal event ni..

        syabbas syabbas..teruskan berbelog ya..