Perth, Australia

 

CropItiLatest

Assalammualaikum semua,

Insya Allah malam ni saya akan bertolak ke Perth, Australia untuk satu lagi siri cuti cuti.
Kali ni dah melebarkan sayap berjalan jauh sikit la dari ASEAN hehe.

Balik dari bercuti, 1 & 2 Jun saya ada kursus di Sasana Kijang.
3 Jun saya cuti 1 hari. Nak pegi cuti cuti Malaysia dengan family pulak sempena birthday Encik Z.

6 Jun kita dah puasa kan?
Selamat berpuasa semua 🙂
Semoga Ramadhan tahun ni akan memberi kita keberkatan yang lebih berlipat ganda.
Mohon maafkan salah silap saya.

Korang doakan perjalanan saya ke Perth selamat pergi dan balik ya?

Sorry, seminggu lah blog tak berupdate.
Saya sekarang ni memang busy betul dengan urusan duniawi.
Nanti pepelan saya cuba update kisah Mesir, Macau & Perth ok?

Love,
Mya