Lombok : The Arrival

Saya sendiri tidak tahu kenapa saya memilih untuk ke Lombok, Indonesia.
Sedangkan saya ini bukanlah pencinta laut mahupun pantai.
Saya lebih gemarkan tasik dan tanah tinggi.
Mungkin juga kerana publisiti dan perkongsian meluas di media social tentang keindahan Lombok menyebabkan saya seperti dipanggil panggil untuk ke sana.

Gitu mukadimah saya. Hiks.

Saya beli tiket untuk ke Lombok ni pada 8 Februari 2015.
Travel pada 11 – 14 Mac 2016. Setahun sebulan lamanya menunggu.
Being Normaya, memang selalu pun saya beli tiket setahun sebelum.
Sebab ini je lah caranya untuk dapat tiket murah.
Harga tiket RM213 return seorang. So untuk 2 orang RM426.
Tak de pre order makan. Dan takde check in luggage.

Flight ke Lombok International Airport (LIA) dari KLIA2 jam 8.35 pagi.
Kami gerak dari rumah pukul 5 pagi.
Park kereta dekat TBS. Naik ERL dan sampai Kat KLIA2 pukul 7 pagi.
Breakfast kat McDonalds.


: : Whatsapp pada keluarga memaklumkan kepergian ku buat sementara waktu : :

Flight smooth dan on time.
Masa dalam flight kan, sebelah sana tu family mat salleh.
Ada sorang baby dengan sorang anak perempuan umur dalam 4,5 tahun.
Baiknya lah haihh baby ni. Ekk tidak.. okkk okk tidak.
Pendek kata tak berbunyi. Yang anak perempuan tu pun very behave.
Elok je duduk diam diam dalam perjalanan 3 jam 10 minit tu.
Memang saya kagum.

Berbeza pulak dengan satu grup Melayu kita ni.
Ramai lebih 15 orang jugak lah.
Boleh tak masa plane nak landing, sorang budak lelaki ni dalam umur 6,7 tahun gitu berdiri atas seat then main main dengan lampu/air cond atas kepala tu.
Masa tu memang plane kira dah gegar gegar la nak landing.
Urut dada saya tengok.
Sampai crew terpaksa buat announcement dengan suara marah/keras.

OK la kalau nak kata budak tu kecik lagi taktau apa.
Tapi parents, kakak, abang, pakcik makcik yang ikut sekali tu takde ke  yang nak tengok.
Or bagitau awal awal. Bagi kesedaran kat anak anak kita ni.
Kalau tak sampai ke sudah nanti diorang degil.
Haihh benda benda ceni nak cakap lebih lebih isu sensitif kan.
Bak kata Nabil ‘Ahh lu pikir la sendiri’


: : LIA ni kecil je. Keluar dari imigresen, sebelah tu terus je tempat collect luggage. Tepi tu jugak q untuk pass through kastam. Tapi proses berjalan lancar je : :


: : Wakil dari hotel telah menunggu : :

Assalammualaikum Lombok!
Alhamdulillah berjodoh juga kita.

Wakil hotel tu serahkan kami pada supir hotel yang namanya saya dah lupa huhu.
Tapi bunyinya lebih kurang macam Bogo. So kita panggil Bogo je la yer hehe.
Muda belia lagi orangnya.


: : Kenderaan kami yang luas dan selesa : :

Bagitau Bogo yang saya dengan Encik Z lapar.
Dia tanya nak makan apa. Saya kata apa apa je pun ok.
Lalu kami dibawa ke Lesehan Taliwang Irama.


: : Lesehan Taliwang Irama ni macam kat area kampung kampung jugak la : :


: : Hidangan ala carte : :


: : Hidangan set. Kami ambik Paket B : :


: : Es Kelapa Muda Madu Crystal : :


: : Nasi Putih & Sambal : :


: : Air mineral : :


: : Pelecing Kangkung : :


: : Ikan Bakar Madu Taliwang : :


: : Ayam Bakar Taliwang : :

RP130,000 untuk hidangan yang alhamdulillah sedap dan mengenyangkan.
Lalu perjalanan diteruskan lagi.

Bogo hentikan kami di satu tempat tinggi untuk bergambar.
Katanya sini memang spot menarik la untuk tengok view dan berfoto.
Cuaca panas sangat sangat huhu.

Kata Bogo asalnya tempat ni macam depa nak buat hotel lah.
Ownernya orang Australia. Orang kata owner tu meninggal, lalu tempat ni pun terbiar dan projek hotel pun terbengkalai.
Yang Villa Hantu ni taktau la siapa yang bagi nama siap gantung kain rentang camtu.
Tapi jangan takut, tak berhantu pun tempat ni hehe.


: : Villa Hantu ini letaknya di daerah Malaka, Lombok Barat : :


: : Belakang tu Gunung Agung di Pulau Bali. Tapi tak kelihatan sebab berkabus : :


: : Belakang tu Pantai Setangi : :


: : Kalau terpeleot kaki ni memang tiada maaf bagimu. Terus terhumban kat bawah nun : :

Kalau korang ke Lombok dan ambik private tour, boleh la mintak supir stop kat Villa Hantu ni.
Memang menarik dapat tengok view pantai dan laut dari tempat tinggi.

11 thoughts on “Lombok : The Arrival

  1. best jugak lombok ni..tp dalam 2,3 tahun ni tak sesuai rasanya nak pergi tmpt2 yg kena naik turun bot ni kan.. tkpe.. kita gi jepun je lah. Jom…!

  2. Masalah budak Melayu tu, bukan masalah tak behave. Tapi masalah keselamatan. Tak kena memang la tak tau & tak nak ambik tau (mentality majoriti Melayu!). Sekali terhentak, nangis tak berlagu… Betul now everyone can fly. Tapi not everyone faham kesan dan impak air pocket & turbulence. Melayu kena lebih banyak membaca 😛

    • betul.. kdg tgk org melayu ni bila fly je jakun dia satu macam.
      kita tgk pulak yg malu huhu

      • Hahaha… tetiba terus teringat satu insiden. Kalau tak silap flight ke HK. Masa tu kat HK kalau ikutkan memang la autumn. Tapi autumn HK bukan macam autumn negara 4 musim lain. Ada satu family Melayu ni, siap dengan winter coat! Rasa macam nak gelak guling2. Fikirkan tak baik gelakkan orang, ku tahan je dalam hatiiii. Bila dah share ngan Maya ni, pikiran jadi positif. Owh mungkin transit di HK utk ke Negara 4 musim kot?! Tapi… berwinter coat dalam flight? hehehe…

        • kok yer pun nak pakai sangat winter coat tapi dalam flight agak2 lah kan..
          ke dia malas nak packing winter coat dalam beg kot?
          banyak pakai space. so pakai je terus hehe

          • Kannn… kalo nak jimat ruang luggage pun, pegang la kat tangan. Ni mat saleh tengok pun senyum simpul….

Comments are closed.