Lombok : Terima Kasih Lombok!

Hari terakhir di Lombok.
Bangun pagi pagi dan pergi breakfast kat bawah.


: : Breakfast disediakan : :


: : Comel plis telur ni. Jadi gemuk : :


: : Life is about trusting your feelings, taking chances & finding happiness : :

Lepas makan bergambar kat sekitar kawasan hotel.
Punyalah panas berdenting.



Flight balik pukul 12.15 tengah hari.
Dalam pukul 10 pagi van dah siap sedia nak hantar kami ke airport.
Takde nak check in luggage apa kan, so memang banyak masa lah.


: : Bandara International Lombok : :


: : Baru lagi airport ni. Tak sampai 5 tahun lagi : :


: : Lombok International Airport (LIA) : :

LIA ni besar boleh tahan jugak.
Kalau korang tak sempat nak beli ole ole kat luar, kat airport ni banyak kedai kedai jual souvenir.
Saya sempat jugak beli brooch mutiara.
Selain susu kuda liar, mutiara juga amat terkenal di Lombok ini.


: : Lepak kejap kat Coffee Bean : :


: : Pekena ice blended dan chicken pie di Coffee Bean : :


: : Open already. Tapi……. : :

Elok kitorang dah pun dilepaskan untuk boarding, tiba tiba ground staff Air Asia mintak semua masuk balik dalam tempat menunggu.
Tak tau la apa jadi tapi macam kecoh kecoh jugak la.
Tambah kecoh bila nampak a group of engineering staff mengadap tayar kapal terbang.
Dengar sok sek kata tayar depan kapal terbang ni pecah.
Aduhh..

  
: : Ingat sekejap je, tapi tunggu punya tunggu, 2 jam lamanya. Ramai dah berbaring tertidur tidur dah. Saya dengan Encik Z pun sama huhu : :


: : Jurutera dan juruteknik masih mengadap tayar kapal terbang : :


: : Selepas 2 jam…. : :

Tipulah kalau tak rasa risau dan berdebar debar.
Takut lah kalau jadi apa apa kan.
Tapi kalau takut pun nak buat macam mana, kena lah naik jugak bila dah diarahkan naik.
Katanya masalah dah dapat diatasi.
Diatasi cemana tu tidaklah diberitahu.
First time kot saya pengalaman flight delay sampai 2 jam.Tapi takpelah, biar lambat asalkan selamat. Kan?


: : Ada sepasang couple warga emas Cina ni dengan selambanya jalan pegi tanya kat staff Air Asia apa masalahnya. Ada jugak yang dok selfie sambil gelak gelak. Saya memang tak ah. Risau kot : :


: : Kapal terbang perlahan lahan bergerak meninggalkan Lombok : :


: : Oleh sebab flight delay sampai 2 jam, jadi perut pun dah berkriuk kriuk. Lalu orderlah maggie : :


: : Boleh lah mengalas perut untuk 3 jam perjalanan kita ini : :

Alhamdulillah dalam jam 5.30 petang selamat mendarat di KLIA2.
Tak menyempat nyempat terus pegi Midvalley sebab nak nonton filem London Has Fallen.
Nak sangat nonton sebabnya dulu Olympus Has Fallen tu saya ada nonton jugak.
Tapi lepas lepas nonton tu eh eh macam menyampah pulak.
Asal jahat je Muslim. Asal nak bom je Muslim. Pffttt..

Eh nanti saya buat rumusan tentang Lombok k?