Lombok : Sunset II & Dinner


: : Seperti semalam, cari port melepak untuk tengok sunset : :


: : Awal lagi so tak ramai orang sangat. Tapi tunggu la kekejap lagi, mesti penuh : :


: : Siapa nak naik kuda pun boleh.  Tu dah ada orang q nak bergambar di ayunan : :


: : Kami order air Coke RP48,000 : :


: : Dan order makanan jua.  Ikan Crispy nama diberi. RP120,000.  Total makan RP168,000 : :

Oleh sebab baru lepas hujan makanya matahari terbenam tak begitu kelihatan.
Cuma samar samar remang senja.
Walaupun begitu masih indah bila mana langit biru bersatu dengan warna jingga mentari.



: : Muzik live band singgah di halwa telinga : :

Encik Z tanya so macam mana nak snap gambar kat ayunan tu tak?
Kena q dan kena redah air.
Fikir punya fikir, hmmm.. takpelah, takyahlah.
Sebab kemalasan fikir nak redah air dengan jubah saya ni ha.
Lagipun dengan barang barang kitorang semua ni nak kena angkut sekali bawak.


: : Lumut dan rumpai air : :


: : Saya ke belah depan dan selfie seorang diri. Tu nampak je ayunan tu kosong walhal orang dok q panjang nak bergambar : :


: : Ada 3 orang awek mat salleh gamak kesian tengok saya dok berselfie sorang sorang, dia offer snapkan gambar untuk saya. Baiknya! Mekasih awak awak semua : :


: :  Itulah dia 3 orang awek mat salleh itu : :


: : Macam lukisan kan? Cantik sangat! Tengok pantulan awan di dalam air tu. Indah! : :


  

Memang indah sangat view ni.
Korang kena datang sendiri dan tengok.
Jiwa rasa lapang. Dan hati pun rasa tenang je.


: : Seterusnya, Encik Z balik bilik dan saya terus ke spa untuk massage satu badan. Massage Indonesia ni lembut, tak macam massage Thailand. Tapi sokayylah since saya pun lama dah tak bermassage : :

Lepas massage terus mau dinner di tepian pantai.
Yang kelakarnya takde orang lain pun.
Saya dengan Encik Z berdua je.
Boleh la jadi romantic dinner jugak hehe.


: : Jus nanas RP35,000. Fanta Red RP24,000 : :

Style buffet tapi kena pilih 2 hidangan bakar dulu.
Pastu hidangan lain baru boleh ambil secara buffet.
Tak banyak choice pun sebenarnya.
Takpelah, nak jugak feeling makan tepi pantai romantik romantik.
Last makan macam ni kat Jimbaran Beach masa pegi Bali lamaaaaa dulu.


: : Mix Seafood Kebab RP120,000  : :


: : Tiger Prawn Kebab RP125,000 : :


: : Salad, fruits & sup ayam : :


: : Nasi putih & sayur campur. Total dinner RP304,000 : :

Selamat Malam Gili Trawangan!

8 thoughts on “Lombok : Sunset II & Dinner

  1. Makanan dia best gak la..cuma susah nak jumpa ikan yang sama macam kat negar kita..kat sana..balik2 ikan Garupa kan? sayur for sure Kangkung..but harga murah

  2. Maya, minta maaf dulu ni .. nk komen sket .. kn tukar rasanya ayat yg view cantik sgt mcm lukisan tu .. sbb lukisan pun ditiru drpd pemandangn yg Allah cipta kan .. sorry tau ..

      • Nak tukar ayat macam mana?
        Cantik mcm Allah yang cipta?
        Of coz la Allah yang cipta kan?

        Bukan aku tulis lukisan lagi cantik dari pemandangan ni.
        Aku tulis mcm lukisan. Tak macam gambar real.

        Mmg kau salah pemahaman pun.

        • Ok .. tq .. aku ingat ko ckp psl pemandangn mcm lukisan .. bkn gmbr yg ko amik tu mcm lukisan .. my bad .. sorry ..

Comments are closed.