Lombok : Sunset I

Lepas solat rehat semua kitorang pun keluarlah dari bilik untuk berjalan jalan sekitar hotel.
Tapi sebelum tu nak lepak kejap tepi swimming pool pekena teh kopi dan kuih.
Memang disediakan secara percuma untuk tetamu Ombak Sunset Hotel.


: : Bagitau je nak kopi atau teh nanti adik manis ni tolong tuangkan. Lepas tu dia bagi kuih muih sekali : :


: : Jemput minum. Kalau nak order jus ke, kudap kudap ke, pun boleh juga. Tu ada buku menu : :


: : Feeling feeling orang kaya : :


Habis kopi dan teh dihirup, ayuh jalan jalan di tepi pantai.
Masa yang ditunggu tunggu nak tengok ayunan! Yey..


: : Disajikan dengan view ini. Tu nampak ada 2 ayunan. Dan orang pun dah ramai melepak menunggu sunset : :


: : Dihiburkan oleh band ini : :

Tanpa berlengah lagi kami pun mengambil tempat.
Dapat tempat tepi tepi sebab yang tengah tengah semua dah penuh.
Boleh la dari takde.

Ayunan ni ada 2. Satu yang tengah tengah ada tulisan Ombak Sunset.
Satu lagi belah hujung takde tulisan apa apa.
Kebanyakannya q yang kat ada tulisan tu lah.


: : Makin lama makin ramai q nak bergambar kat sini. Oh yer ada photographer khas jugak tau. Korang boleh beli pakej bergambar kat sini dengan sekian sekian bayaran. Nanti dapat hardcopy dengan CD jugak : :

 
: : Matahari : :

  

Manusia semakin ramai. Dengan satu tujuan, untuk menyaksikan matahari terbenam.
Dekat sebelah Ombak Sunset Hotel ni memang matahari terbenam saja.
Mengiakan kenapa nama hotel ni ada sunset kan?
Kalau nak tengok sunrise kena pergi the other side of Gili Trawangan.

Saya dengan Encik Z lepak menikmati pemandangan yang cukup indah ini.
Tak terlahir dengan kata kata. Dan tak perlu juga kata apa apa.

  


: : Kalau sesiapa nak romantic dinner kat sini pun boleh. Dinner bersaksikan matahari terbenam : :

  
: : RP1,500,000 untuk per couple : :


: : Malam tu room service saja. Ayam Goreng Bumbu & Soto Ayam. Sedap! RP170,000 : :

Selamat malam Lombok!

10 thoughts on “Lombok : Sunset I

    • salam kenal aishah.
      aah lombok dah popular dari bali sebab lombok masih virgin kata diorang.
      belum tercemar gitu..

Comments are closed.