Lombok : Shopping Ole Ole


: : Pohon kelapa melambai lambai : :

Bagitau Bogo saya lapar, ayuhlah pegi cari makan siang dulu.
Dia tanya nak makan apa, saya macam biasa apa apa aja bisa kok.
Dia suggest makan Nasi Balap. I follow je…


: : Es Jeruk Kelapa Muda saya punya. Encik Z biasalah dengan Kopi Es nya : :

Inilah rupanya Nasi Balap itu. Macam Nasi Lemak kita jugak.
Boleh nak makan yang simple kosong saja atau boleh tambah ayam.
Saya ambil yang kosong, Encik Z tambah ayam.
OK la sedap jugak. Tapi biasalah food Indonesia, kering kan.
Sambal cenonit tapi pedas berapi.



: : Nak tambah sayur pun boleh. Extra ayam pun boleh. Total makan RP34,000 : :


: : Usai makan, gi shopping keropok kerepek di sini : :


: : Ada saya beli a few ole ole. Nanti saya share apa saya beli yer : :

Salah satu kebanggaan dan ole ole yang terkenal di Lombok ni ialah susu kuda liar.
Masa kat kedai ni ada la orang jual. Bogo suruh Encik Z cuba.Saya pun suruh Encik Z cuba juga.
Bogo kata bagus untuk lelaki lah. Nanti bertenaga seperti kuda liar.
Tapi katanya awas, Ibu jangan minum pula. Lain nanti jadinya haha.


: : Sedap ke idok bang susu kuda liar ini? : :


: : Hmm.. dari raut wajah macam tak sedap yer? : :

Encik Z minum kat kedai. Pastu beli la sebotol harganya RP20,000.
Sampai hotel ia sambung minum lagi.
Saya try test jugak rasa wakakakkaa. Pelik nau rasanya.
Macam payau tawar gitu. Sib baik saya tak bertukar menjadi kuda betina kuikui.
Tapi bagus la kot kalau diamalkan selalu oleh sang pria.
Cumanya nak bawak balik naik flight tu leceh kot.


: : Kemudian singgah beli ole ole di Lombok Exotic : :


: : Tshirts semua jenis kain yang berkualiti tau. Korang kalau nak shopping souvenirs Lombok sila lah ke sini. Fridge magnet tak banyak choice tapi bolehlah dari takde : :


: : Selalu beli tshirt untuk anak anak. Kali ni kita beli seluar katok pulak : :


: : Jangan ke Lombok. Nanti lupa pulang. Comel comel tau tulisan kat baju diorang ni : :


: : Beli sehelai jumpsuit jugak untuk Yaya : :


: : Total shopping di sini RP780,000 : :