Lombok : Hujan

Sampai bilik tengok Housekeeping tengah kemas bilik.
Macam baru nak mula mengemas je.
Pusing la seround kat sekitar hotel tapi seround je la, tak larat sudahhhhh.
Berpeluh tik tik tik satu badan.


: : Tunggu je la kat luar ni dengan penuh kesabaran : :


: :  Bilik dah kemas dan wangiiii : :

Masuk bilik on aircond laju laju, berteleku la kejap menikmati aircond.
Encik Z sempat terlelap. Saya tak terlelap sebab sat g nak pegi facial kan.
So nonton TV je lah.


: : Rancangan Tau Gak Sih? Macam program kita Tahukah Anda? gitu lah. Ada la dicerita cemana asal usul kuih la, kisah satu family nangis sebab beruk yang diorang bela kena ambik dek Jabatan Haiwan lah. Interesting jugak la : :


: : Sesambil nonton TV, sesambil mengunyah jajan : :

Pukul 3 petang bergeraklah saya ke tempat spa untuk buat facial.
Saja nak memanjakan muka kononnya la kan.
Lagipun saya pun dah lama kot tak pegi facial.
Dulu selalu pegi yang dekat AEON Wangsa Maju tu, dekat dengan Jasmine.
Ni dah pindah KSU dah agak jauh.


: : Pintu masuk SPA : :


: : Bilik massage : :


: : Produk yang digunakan untuk buat facial. Banyaknya produk Sari Ayu : :


: : Wajah segar selepas facial. Gituuu. Perut buncittttt helppppp : :


: : Elok sampai bilik hujan turun dengan lebatnya. Ada saya letak video kat instagram sana @normaya11.  Tu la komplen komplen panas, tengok Allah turunkan hujan : :


: : Dalam 5.30 petang camtu hujan dah reda sikit tapi masih rebas la. Kitorang redah je keluar. Aterr takkan nak duduk je dalam bilik : :

 
: : Lepak tepi swimming pool mengopi dan minum petang : :


: : Kelihatan awan mendung dah mula berlalu pergi. Harap harap adalah sunset hari ini : :

4 thoughts on “Lombok : Hujan

  1. along last year masa pi Lombok buat foot massage…huih..x leh tahan..rasa nak kencing bila ditarik urat..last2 lembam betis

Comments are closed.