Lombok : Good Morning Lombok!

Pagi pertama di Lombok disambut dengan pelangi indah ini.
Biasanya pelangi muncul selepas hujan kan?
Tak tau lah kalau di sebelah Lombok sana baru lepas hujan.
Tapi kat Gili Trawangan rasanya tak hujan.



: : Breakfast Voucher : :



: : Spread biasa biasa aje. Nak kata best sangat tu tak lah : :

Lepas breakfast terus pegi sewa basikal.  Plannya nak berbasikal sampai ke belah belah jeti sana.


: : Basikal memang banyak. So jangan risau. Bayaran dikenakan sebanyak RP100,000 untuk 2 basikal. Boleh guna sampai jam 10 malam : :


: : Sebelum tu staff hotel ni akan make sure tayar penuh angin. Kang pancit tengah  jalan naya je : :


: : Setiap  basikal disertakan dengan kunci. Ni nombor kunci nya. Jangan lupa pulak. Nanti tak boleh bukak, double naya : :


: : Selesai urusan sewa basikal, saya booking slot untuk buat facial petang karang : :


: : Gembira nau dapat basikal yer Normaya : :

Balik bilik bersiap apa yang patut.
Saya tanya Encik Z nak mandi dulu ke?
Encik Z kata tak payah. Ni sat g nak cycling ni mesti berpeluh peluh.
Dah la cuaca memang panas I tell you.
Orang kata kat Gili Trawangan ni ada 2 matahari.
Begitu nak menunjukkan panasnya kat sini. Tapi memang betul pun!
Memang panas!


: : Parking basikal depan bilik : :


: : Minta Housekeeping Service bersihkan bilik : :

4 thoughts on “Lombok : Good Morning Lombok!

Comments are closed.