Lombok : Berenang

Tarik nafas.. dan bersedia untuk sesi mengayuh basikal lagi.
Tapi kali ni ok sikit la kan sebab tak sampai hujung sana.
So dalam 15 minit rasanya dah boleh sampai ni.
Sebab kitorang plan nak swim kat tempat semalam yang kitorang bergambar tu je.
Tak sampai ke arah jeti sana.


: : Dah sampai tempat dituju, jubah pun telah ditanggal. Ayuh la kita swim. Masa tak banyak sangat ni sebab pukul 12 tengah hari nak kena check out dah. So kena sampai bilik dalam pukul 11 pagi untuk bersiap : :


: : Saya dari kejauhan dah macam dugong dah haaaa : :

Macam saya selalu bagitau kat blog ni, saya bukan pencinta pantai dan laut.
Tapi dengan Lombok ni especially Gili Trawangan lah kan, saya memang jatuhhhhh hati sangat.
Dengan sunset nya, dengan pantai nya, dengan air laut yang jernihnya.
Memang rasa aman damai tenteram sangat.
Walaupun cuaca panas tapi tak menghilangkan rasa kecintaan saya pada Gili Trawangan ini.

I’ve been to Pulau Redang & Pulau Perhentian, dan pernah snorkeling kat dua dua pulau ni.
Kalau korang tanya mana lagi lawa, Gili Trawangan atau Redang/Perhentian, saya tak boleh  nak cakap sebab saya tak snorkel kat Gili Trawangan ni.Tapi dari pengalaman dan pandangan saya, both Redang/Perhentian memang lawa dan ada keistimewaan tersendiri.
Ada rezeki nak pergi lagi bawak Yaya. Tapi bila tu wallahualam.

Langit membiru. Awan memutih.
Air laut yang jernih. Tak terungkap dengan kata kata.
Indah!

  

Saya upload video berenang kat instagram.
Tunjuk kat kawan kawan office semua macam ‘Eh Mya boleh berenang ke?’
Hello.. walaupun I ostajah jadi jadian, apa ingat I tak boleh swim ke?
Gitu berlagak walaupun swim kejap ke tengah kejap ke tepi kejap timbul kejap tenggelam bahaha.

Video kat instagram tu kan siap ada ikan berenang kat bawah badan saya.
Maknanya walaupun saya just swim dekat tepi tepian, tapi tetap ada fish di situ tau.
Lawa sangat. Boleh search kat instagram saya @normaya11 #mayazalmilombok .
Tak pun nanti kat hujung kisah Lombok ni macam biasa saya compilekan video nanti.

Lepas ambik gambar semua, GoPro ni kitorang tak cek balik gambar gambarnya.
Makna snap snap je banyak kali.
Sebab panas dan silau so tak berapa nampak capture dalam GoPro tu.
Bila balik bilik tengok gambar ni sentap la kejap.
Macam cerita hantu kan, bila ada blur kat muka maknanya orang tu akan dibunuh oleh hantu.
Encik Z kata ni sebab ada bebetul ada setompok air kat lensa GoPro ni tu sebab jadi gitu huhu.

Kitorang swim dalam 30 minit camtu je.
Sampai kat hotel sambung terjun dalam pool pulak.
Takde orang. Jadi bermaharajalela lah kami.
Boleh tahan dalam kolam ni. Saya berdiri ngam ngam sampai leher ha.



: : #jangankecamsaya : :

6 thoughts on “Lombok : Berenang

Comments are closed.