Lombok : Berbasikal

Sebelum berkayuh ayuh la bergambar dulu.
Ceria la sangat kan sebab taktau betapa hazab nya kejap lagi ni.

Tshirt saya tu beli lama dulu kat Chiang Mai. Dah penah pakai pun.
Seluar pelikat tu saya beli kat Noor Arfa Batik.
Macam seluar pelikat Afdlin Shauki tu lah.

Mengikut peta yang pihak hotel bagi, saya tengok macam ok la tak jauh sangat.
Kayuh punya kayuh punya kayuh, hoiihh jauh la jugakkk haha.
Kaki dah lenguh, punggung dah kematu.
Dalam masa 15 minit sampai kat Jeti yang saya turun semalam tu.

Sambung kayuh lagi sampai ke arah depan. Another 15 minutes.
Kat belah depan ni happening la compare to kawasan dekat Ombak Sunset Hotel.
Banyak hotel motel, gerai makan dan kedai kedai souvenir.
Senang cerita ceni lah, kalau korang nak area yang bising dan happening, memang disuggest stay kat hotel sekitar sini.
Tapi kalau nak honeymoon, sunyi dan santai, saya sarankan Ombak Sunset Hotel.


: : Kiri kanan kedai makan, kedai souvenir dan hotel. Kalau malam memang happening ni saya rasa : :


: : Kalau tukar duit kat Indonesia boleh dapat lagi tinggi. Tapi tu la, malas nak risiko bagai kan. Tu yang senang sesiap tukar kat KL je : :


: : Nampak gerai jual Fresh Juice dengan Nutella Crepe. Jom la lepak kejap : :

: : Pilihlah topping yang berkenan di hati : :


: : Rasanya ni first time saya makan kot? Selalu baca kat blog orang yang pegi Krabi/Phuket. Nak kata saya suka sangat tu tak lah, tapi boleh la telan : :


: : Watermelon juice & pineapple juice : :

   Kitorang makan sambil sembang sembang.
Seronok menikmati pemandangan santai santai ceni.
Yer lah kalau kat KL mananya ada masa nak buat macam ni sangat kan.


: : View sebelah kanan. Kalau korang naik boat dari company company, diorang takkan stop sampai hujung. Kena redah air. Ada 1 grup baru sampai masa ni, memang turun kena redah air. Makna keputusan saya memilih airport transfer terus dari Ombak Sunset Hotel adalah keputusan yang bijak. Tak perlu nak redah air, stop terus kat jeti ha : :


: : View sebelah kiri. Tengok ada orang snorkeling tepi tepi tu je. Memang jernih airnya : :

Dah kenyang makan dan bersembang ayuhlah kembali memulakan perkayuhan.
Kayuh laju laju lepas tu biarkan basikal gerak sendiri sebab dah lenguh punya pasal hehe.

Stop kat satu kawasan cantik ni.
Masa datang pagi tadi dah nampak dah tapi memang niat nak menyinggah waktu otw balik.
Cuaca memang terik seteriknya, jadi awan langit dan laut memang lawaaaaa sangat.



: : Ini namanya matahari tegak di atas kepala. Walaupun begitu, kasih kami tetap utuh bersatu #pangggsatukali : :

 
: : Apa punya fesyen berposing tu taktau la Normaya. Tu nak menunjukan betapa girang nya saya sebab dapat menikmati view yang indah cantik menawan ini : :


: : Berteduh sekejap di bawah pokok : :


: : Lawa plissss : :

Sambung balik mengayuh basikal sampai ke hotel.
Kekejap berenti kekejap berenti sebab lenguh kematu bagai.
Bila sampai je kat hotel terus lega.

Jom la balik bilik mandi dan rehat rehat.
Sat g nak buat facial pula.

6 thoughts on “Lombok : Berbasikal

  1. Memang tak boleh tahan betul tengok air laut yang cantik macam ni. Jernih betul.

    GoPro punya angle curve menarik betul. Xiaoyi kalah part yang tu. Sempat lagi komen part tu. hehe

    • itu la. jernih membiru. lawa.

      haha goPro tu tak habis godek pun.
      asal boleh snap gambo je hihi

  2. Sapa yang dah pernah pergi memang tak akan menafikan keindahan alam ciptaan allah swt…memang panorama indah kat sana tak luput dari ingatan..

    • betul. kena pergi sekurang2nya sekali.
      kena pergi sekarang takut lama2 tempat ni dah dikomersialkan, dan tak secantik ni lagi

Comments are closed.