Lombok : Ayunan Ombak Sunset

Selamat Pagi Lombok!

Bincang bincang dengan Encik Z, macam nak pegi swim swim di laut.
Tak pegi snorkelling pun tak pelah.
Tapi nak lah merasa swim swim di Gili Trawangan ini.
So sarung la swimming suit sesiap kat dalam.
Sarung jubah di luar.

Nanti kena sewa basikal lagi la.
Tapi sebelum tu nak pi jalan jalan kat pantai depan dulu.
Nak bergambar kat ayunan.


: : Breakfast ala kadar : :



: : Swimming suit, seluar putih, jubah. Berlapis lapis. Hantam je laa. Tu selipar pinjam selipar hotel hehe. Jubah saya tu dari Mesir. Haihh bila la nak siap cerita Mesir yer tskkk : :

: : Sampai tepi pantai tengok dah ada orang tengah bergambar kat ayunan yang tengah ni. So kita pegi ayunan yang kat belah tepi sudah : :

Memula saya macam contemplated jugak nak pegi ke tak kat ayunan tu.
Sebabnya memang kena redah air dan lumut dan pasir kan macam petang semalam tu.
Encik Z dia tak kisah, dia ikut saya je.
Fikir punya fikir ok la redah la jugak, bila lagi nak sampai kan.
Lagipun dah nak balik ke Lombok semula hari ni, so kalau jubah basah kotor pun takpelah.
Dah memang nak tukar baju lain pun sat g.


: : Air jernih. Tapi kalau tak pakai kasut ni mau luka tapak kaki : :


: : Kita redahhh : :


: : Dengan senyum tawar : :

Tapi lepas tu naik sheh berposing.
Pose tang sini pose tang sana.
Pening kepala Encik Z nak make sure gambar saya tak nampak gemuk.
Walhal hakikat isterinya ini dah nak cecah 70kg hehe.


  


: : Berlumut dan licin. Memang kena extra hati hati : :



Tengok kat belah ayunan yang ada tulis Ombak Sunset tu kosong, so ajak je la Encik Z ke sana.
Sekali lagi meredah air.
Takde orang nak mintak tolong snap kan gambar, so guna jelah GoPro walaupun gambar senget benget.
OK la dari takde.  Mekasih GoPro!


: : Mata terkecik gitu sebab panasssss. Walaupun pagi lagi tapi tetap lah panasnya sebab bila bergambar ceni mengadap matahari terbit kan : :




: : Pantai kat sini memang tak sesuai mandi. In fact tak boleh mandi pun. Cer korang tengok. Cemana gaya nak mandi kalau air surut jauh gitu kan : :

Oh yer pantai dan ayunan ni bukan private area.
Mokata korang stay kat hotel lain dan teringin nak bergambar kat ayunan ni boleh je.
Sampai kat security depan tu just bagitau je kata nak lepak makan minum atau bergambar.
Boleh je. Tak terhad semata mata untuk yang stay kat Ombak Sunset Hotel sahaja.

6 thoughts on “Lombok : Ayunan Ombak Sunset

Comments are closed.